Welcome To My Page

My Current Blog - Music & Poemz
http://venz-johns.blog.friendster.com

My Current Journal
http://www.tagged.com/pongak

Great women comes within herself.
Any Ideas + Opinions + Commentz are muchly appreciated
Hope yu're enjoying urself here.!!~

About Me

My photo
Odinary Gurl + UniQue in Every Wayz
Showing posts with label My Experiences. Show all posts
Showing posts with label My Experiences. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

My Truth

I've speak the truth and ai've been HONEST.!
am ai DONE already.?


NOPE, im NOT.! Di situlah titik permulaan bagi segala beban ku yang sepatutnya hilang dan pergi, kembali semula dalam keperitan ku.!!~ Mengapa sukar benar utk mengapai sesuatu yang sepatutnya milik kita.? Terlalu lemah kah kita sebagai manusia untuk mengikut kata hati yang sepatutnya menuntun kehidupan kita.? Funny enough, isnt it.? maybe for some people.!!~ But tats the PAIN TRUTH yang setiap orang pasti akan lalui samada dia mau atau tidak.. Sesungguhnya mmg sgt menyedihkan hidup di dunia fana ini.!


Kebenaran itu sangat menyakitkan.! Bukan saja kepada orang yang mendengar tapi juga kepada yang memberitahukan.. Betul kan.?
Mungkin ramai yg setuju jika aku mengatakan yg paling memeritkan sekali adalah orang yg harus berterus terang & berkata benar, kerana setiap perkataan yg terungkap pasti melukakan c pendengar tapi dalam masa yang sama, aku sendiri tidak menafikan bahawa yang mendengar itu NO FEELING.! Pasti sangat sakit jua.. Yang pastinya, kedua-duanya akan merasakan kepahitan yang terdalam..



Maafkan aku coz IM REALLY SORRY - ai know its NEVER enough but tats my only wish.!! Sebaris ayat yang ingin aku ucapkan dari hatiku yang terdalam berulang-ulang kalik sehingga engkau benar-benar dapat mengerti dan memahami keberadaanku.. Tiada kata yang lain yang mampu aku berikan atau perbuatan yang seharusnya aku lakukan untuk menafsirkan semua emosi yang aku rasakan sekarang.. Percayalah, aku tiada niat lain.. aku hanya ingin berkata yang benar.. segala sesuatu yang sudah lama aku simpan dan segala rasa yang terlalu lama aku ingin ungkapkan.. aku hanya ingin kau tahu apa rasa ku yang terlalu lama bergelora dalam hatiku.!


Ya, aku akui aku memang HIPOKRIT kerana tidak berdiam saja agar aku bisa menjaga hatimu.. But tis is ME.! ai could never change.. Inilah yang aku rasa, sehingga menangis pun aku tak mampu.!
so much pain inside.. Really hope yu'll trying to understand..


And NOW.. im trying so HARD mencoba utk memulakan segala yang BARU dalam hidupku.. walaupon aku sebenarnya tidak tahu apa yang ingin aku fokuskan dalam hidup.. Just go with the flow, yesh.! im so damn blur.. dan masa inilah aku rasakan aku ingin kembali kepada masa yang lalu, dan menikmati semua yang tidak sempat aku temui dan yang tidak sempat aku berikan..


Mungkin jawapan yang dicari tiada hari ini, namun seiring masa yang berlalu.. ku harap kita sama-sama akan temui SATU jawapan pada masa akan datang yang bisa menjawab segala persoalan yang ada sekarang.! Hope tyme will heal us both, with God's will. Amen.

AlicePongak: ai dont smile so much now tat we've stopped talking.!!~

Monday, March 29, 2010

My Slander

Itu semuanyaaaaaaaaaaaa FITNAH belaka.!!!!~ <-- kata2x yang seringkali kita ucapkan apabila mendengar atau menerima tomahan dan cerita-cerita yang tidak benar tentang diri kita atau orang lain. Terukkan perasaan kalu dengar cerita-cerita yang memanaskan hati.! Fuh itu la yang aku rasa semalam.. rasa sebak tahap dewa betul.!! sampai sekarang aku hanya mampu tertanya-tanya kenapa ada orang begitu kejam sanggup tabur fitnah pasal aku.? apa la dosa ku sehingga dier tega buat begitu.??

Kebencian + Dengki.!!~ Hanya itu yang aku dapat meneka reason atas tindakan dier. Mungkin juga rasa tidak puas hati melihat aku bahagia.? Hish.. kenapa la mesti cemburu.? Dier sendiri bleh epy asalkan dia buat pilhan yang betul.!! tapi aku akui kekadang bila kita di pilihan yang betul pon.. orang lain yang membuatnya menjadi salah.. Kew3x.. [ itu lain bab uda :D ]

Soal cerita fitnah dan tomahan palsu itu maybe aku personally bleh abaikan sak.. tapi kepada yang diceritakan.? Malu baaaa.!!! apa lagi yg terima "bulat-bulat" cerita fitnah yang didengar tanpa menyoal tuan punya badan.!!! Ndak tau masi ada kebranian lagi ka aku boleh berdepan ama orang lain nie.. arrgh pedulik la.! aku tidak bersalah pon buat apa mau takut kan.? hish2x.. diberkatilah dier & yg se-angkatan dengan nyer.!!!

Aku hanya mampu duduk diam dan menangisi. Air mata mmg sahabat setia manusia.! Tiada yang mampu aku buat. Buat "bodok" sak la orang cakap.. dakkan aku mau melenting jua kan.? makin kesukaan la yang penabur fitnah tur.. silap hari bulan berpusing dan tokok tambah cerita lagi.! makin parah ja.. orang cakap mencegah lebih baik daripada mengubati kan.? Hey berdiam tak bererti salah okay.? kekadang itu lah jalan penyelesaian yang baik.. Huhuhuhu..

Apapon aku harap sangat tiada yang terus percaya tiap kata-kata hasutan dan fitnah orang directly.. Lagi bagus dengar cerita daripada kedua belah pihak atau IGNORE saja. Kan satu dosa jua kalu terlibat sama dalam menabur "benih-benih tak sihat" nie.! Kepada yang kuat memfitnah tur bertaubat la eh.. bukan ada gaji jua tur.! hahaha.. kin tambah dosa jak adalah.. pahala dan berkat pon berkurangan.. ampun.!

Tapi bukan itu kesimpulannya.! akan aku buktikan setiap kata-katanya bahawa semua DUSTA.!!! sampai tiba masanya dier akan kantoi jua.. makanya bagus lagi berdiam daripada banyak berkata-kata.. 70% semua yang kuar dr mulut semuanya banyak "bo-Ong" saja.! betul kan.? wat ever.. Hehehe :P

So im gonna live on.! pedulik la ama dier.! aku serahkan pada Tuhan sak utk balas semua perbuatan kejinya ama aku. Yang penting aku dan dier tiada kaitan HIDUP atau MATI.!! yu gooo aliceeee.. hahahahah :P


AlicePongak: AMSAL 13:3 "Siapa menjaga mulutnya..memelihara nyawanya..siapa yang lebar bibir..akan ditimpa kebinasaan."
Peace to all Slander out there.!! =)

Saturday, November 7, 2009

My Regrets

Hidup bagaikan satu perjuangan..
Terlalu banyak kekalahan melalui kemenangan yang sedikit..
Tapi sungguh aku tak pernah menyesal..
Untuk melalui semua itu berulang-ulang kali..

Namun yang aku kesali dalam hidupku ialah kamu..
Kerna hampir semua tawa kita dilupakan..
Tangisan kita bersama juga sudah turut pergi..
Dan menyebabkan semuanya berakhir dengan luka..

Kamu uda leka akan janji kamu padaku..
Kamu dustakan semua yang kita bina..
Berulang-ulang kali kamu tega menyakitkan diri dan hatiku..
Mencobai aku utk bertahan kerna menyayangi kamu..

Mungkinkah aku patut melangkah pergi sahaja.?
Sungguh bukan itu kemahuan aku..
Tapi kamu khianati hati ini..
Dan aku amat menyesalinya..



Banyak perkara dalam kehidupan selalu "bikin" sesak nafas kan.? Rutin kehidupan yang sama tiap hari tiada hentinya + masalah keluarga yang seringkali merunsingkan + alam persekolahan yang mungkin membosankan + pekerjaan yang sia-sia dan lain² lagi.

Salah satunya juga berkenaan dengan hal hubungan antara 2 insan yang berlainan jantina. Serapat mana pun kita dengan seseorang.. still kita masih tak dapat baca apa yang ada dalam fikiran nya dan apa yang dia mahu.. Dan itu membuatkan hubungan itu kosong dan menjadikan perasaan kasih semakin hari semakin pudar.!!~

Penyesalan dalam kehidupan meliputi banyak perkara. Tiap manusia punya kerunsingan dan beban hidupnya sendiri. Seteguh mana dia mampu bertahan dialah PEMENANG SEBENAR dalam permainan realiti kehidupan.!!~
Dan aku akan cuba "bertahan" untuk terus kuat hadapi semua ini..

AlicePongak: Love lagu Leann Rimes - probably wouldn't be this way

Wednesday, October 14, 2009

My Happiness

Hari ini aku rasa GEMBIRA sekali walaupon aku bangun dengan rutin yang biasa. Ntah mengapa aku rasa sangat segar apabila melihat langit yang begitu indah pada awal pagi. Menghirup udara yang ada membuatkan aku begitu tenang. Aku pejamkan mata seketika dan merasakan diriku berada di satu keadaan yang sunyi tapi amat menyenangkan sekali. Mungkin ka aku d syurga.? ahaks.. [ gitu laek.. hehehehe :D ]

Aku punya satu sebab untuk senyum & bersukacita hari nie. Mungkin kerana terlalu banyak masalah kekadang aku lupa untuk mengucap syukur untuk perkara yang kecil. Dan makanya pagi tadi aku tersentak kalik.? [ orang cakap kena tampar malaikat.! huhuhuhu <-- ayat si jun-jun la ba nie.! kewkewkewkew =)) ] Heks apa pon sebabnya aku ndak pedulik.! Yang penting aku tidak akan sia-siakan hari ini sebab JARANG-JARANG aku dapat perasaan yang excited ni.. kekekekekekeke..

Terlalu banyak dugaan dalam kehidupan biasanya menghalang kita untuk bergembira.! Aku suka petikan filem indonesia tajuk TENTANG DIA yang menulis begini:- "Kesedihan Tidak Pernah Membenarkan Kebahagian Masuk Dalam Hidup Manusia.." Dan yang paling menyakitkan itulah yang terjadi kerana seringkali kita KALAH dengan peperangan dalam melawan emosi sendiri. Sungguh menyedihkan kehidupan manusia nie sebenarnya kan.? Tapi masih banyak perkara juga yang bisa membuatkan kita masih boleh tertawa.. Asalkan jangan letak cas negatif dalam pemikiran.!! Senantiasa positif orang blang.. Heks..

Hidupku biasa-biasa saja.! Bagi yang cukup mengenal aku.. uda bisa tau rutin dan masa yang aku luangkan setiap hari sama saja. Kekadang "bowinks" jua aku rasa tapi kalu aku melihat kehidupan aku dan dibandingkan ama orang lain.. aku masi boleh bersyukur kerana cukup makan + cukup pakai + tidur di bilik yang enak malah tinggal di rumah yang sederhana dan selesa.. Jika di bandingkan dengan orang yang kelaparan + pakaian compang camping + sleep d jalanan dan tiada rumah. Mana lebih baik.? Pastinya kehidupan aku yang bosan jua kamu pilih kan.? kekekeke..

Makanya kalu hari ini kamu tidak ada sebab merasa gembira.. Fikir saja tentang perkara kecil yang boleh membuatkan kamu terasa bahagia dan mula lar untuk senyum.! [ jan pla senyum sendiri dak bertempat.. karang d cop gilak pla.! tapi kalu aku.. hantem sak.!wkakakakaka.!! ] So blessed day to yu all.! See ya..

AlicePongak: Akan menulis sejarah sukacita lagi hari ini.. MAKE TODAY BE UR DAY.!!! Jom layan lagu Jason Mraz. kekekekeke =)

Thursday, October 8, 2009

My Perfect-Ness

Pernah tak dalam kehidupan ko-orang kamu terjumpa seseorang yang kamu rasa begitu "perfect" sehingga secara langsung mampu MENYEMPURNAKAN diri dan hidup kamu secara peribadi.? [of cos tiada manusia sempurna tapi pasti ada yang lebih baik dr kita.!!] Sebelum terjumpa dengan "dia" hidup kamu biasa-biasa saja.. tapi selepas terjumpa "dia" kamu rasakan satu kebahagian yang mendalam sangat sehingga semua kelemahan dan kekurangan kamu dipenuhi.? Mungkin saja kawan² + saudara mara + kekasih + suami/isteri + orang asing yang kamu terserempak.?

Aku punya seorang teman yang aku anggap sudah membuat kan hidup aku begitu sempurna.! Dia mampu mengubah cara kehidupan, pemikiran dan pergaulan aku malah menjadi kesukaan bagi kaum keluarga ku dan sekaligus menjadi batu loncatan dalam menguatkan semangat aku utk terus matang dan menghargai hidup. Dan aku sangat bersyukur sangat kepada Tuhan kerana diberikan aku seorang "ANGEL" [ dia lar ] untuk membantu aku utk menghargai hidup.. utk tersenyum.. dan utk ketawa kembali.! dak akan aku lupa jasa baiknya sampai akhir hayatku kerana dialah aku mampu berdiri harungi liku-liku kehidupan hingga sekarang nie.! Ucapan terima kasih aku ungkapkan dr dalam hati seikhlasnya...

Oleh itu, walaupon sekarang uda ramai orang yang asyik dok berkata-kata tidak baik + mengumpat + mengata dia.. aku masi yakin hingga saat ini dia tetap bukan seperti yang "dilabelkan". Bukan kerana aku nie jenis yang terlalu "lurus" tapi aku percaya dia pon boleh membuat kesalahan kerana manusia tetap manusia.! Tetap punya kelemahan atas segala halangan dan godaan dunia. Siapa yang merasakan dirinya cukup sempurna dan tidak pernah buat dosa.. DAYUS.!! Oleh itu, aku lebih suka "confident kan" diri aku dengan segala kebaikan yang dia uda lakukan berbanding dengan sedikit kesilapan yang dia perbuat.!!!!
[ memang begitu manusia suka melupakan SE-MILLON kebaikan orang hanya kerana SE-SUATU keburukan yang masih boleh dimaafkan.!! ]

Satu pengajaran yang harus kita ambik iktibar.. jangan pandang orang lain dengan mata yang serong saja.!! tapi cuba pandang dengan mata yang bertentangan agar kita boleh selami dan melihat lebih jauh ke dalam hidup seseorang dan kita akan sedar bahawa setiap manusia masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Dengan itu kita boleh saling mendorong dan menguatkan antara satu sama lain dan bersama-sama berlari mencapai kesempurnaan seperti Bapa di syurga.! Amen.

AlicePongak: Bersyukur kerana diri ada "angel" yang setia menemani.! =)

Saturday, October 3, 2009

My Confusion

Hari ini aku rasa sangat KELIRU. Binggung untuk menetapkan satu "kesamaan" bagi satu perkara yang menganggu fikiran dan perasaan aku. Terlalu penat untuk merasakan berulang-ulang kali perasaan yang aku alami sekarang ini. Terlalu perit bagi aku luahkan sehingga tiada kata-kata yang sesuai dapat aku ungkapkan. Oh God help me.!!!

Terdapat beberapa keadaan yang boleh membuatkan orang lain atau kita sendiri keliru dan ragu-ragu samada melalui tindakan dan tingkah laku. Kekadang kita tidak sedar dalam kita membuat tindakan kita boleh mengelirukan orang di sekeliling kita. Dan dalam mencari jawapan pastinya menyukarkan kerana perasaan keliru boleh menimbulkan salah paham dan konflik.

Terus terang saat aku keliru.. kekadang fikiran aku seringkali negatif.!! Dalam ingin cepat menyelesaikan masalah aku selalu menemui jalan buntu. Akhirnya aku hanya mampu berdiam yang kunun nya bersabar dan membiarkan KEKELIRUAN itu memakan diriku perlahan-lahan. Aku masi ingat bagaimana aku boleh menilai seseorang sehingga membencinya segenap hatiku hanya kerana keliru dengan perbuatannya. Dan itu uda cukup menghancurkan hatiku dan dirinya.. dan kebenaran hanya terjawab selepas jangka masa yang panjang iaitu 5 tahun.!! waste of tyme.!! sekarang .? kekeliruan yang sama menghantui aku lagi dan kesabaran ku uda tiada..

Tapi kalu di fikir.. mungkin saja ada GOOD REASON di sebalik setiap halangan yang aku dapat. Kekadang dalam hidup aku belajar untuk menyerah saja apabila ragu-ragu dalam membuat keputusan.. sebab bila diteruskan juga kompon 90% pasti ndak menjadi.!! [ itu kerapkali la aku dapat kesannya.. dak tau pla ko-orang kan.? ] sama halnya kalu kita melampau excited akan satu perkara kekadang ending nya pasti tidak menjadi kan.?hahaha kin baccat sak la ada.!!! selalu aku alami.. kekekekekeek..

Of cos la perasaan tidak puas hati masih ada dalam diri aku.! aku jenis yang PENDAM dalam cara aku lalui kehidupan.. selagi aku belum mendapat jawapan akan satu-satu perkara.. hidup aku akan terus bergumul dengan pemikiran
[ yang kompon lebih banyak cas-cas negatif ]dan pastinya hanya masa yang dapat menentukan segalanya. Bukan aku dak berani berterus-terang atau bersikap terbuka.. cuma itulah aku.!! Aku senang utk mengerti orang lain tapi TIDAK semua orang boleh mengerti aku termasuk lah orang yang terdekat sekalipun dengan aku. Mungkin itu lah salah satu sebab hidup aku nie COMPLICATED jadinya. [ cam lagu Simple Plan: Welcome to My Life.! Pernah aku tujukan lagu ini kepada seseorang dan akhirnya dia "terbeban" dengan aku.!!~ ]



Jadi biarlah hari nie berlalu seperti hari-hari yang lepas. Aku tidak tahu bila aku berani bersua untuk mendapatkan jawapan aku tapi aku tetap YAKIN satu hari nanti mungkin saja ia nya muncul di depanku. Ya Tuhanku sekiranya masih ada KEBENARAN dalam dunia nie izinkan lah aku mendapat jawapan terbaik utk aku bisa meneruskan hidup. Jika tidak.. biarlah aku sepi seumur hidupku.!! Doakan la ya agar aku bisa tenang dan dapat menikmati hidupku di masa-masa hadapan.! Tengkiu very muches.. God Bless.

AlicePongak: Cukup menahan kesedihan hari ini.!!~ Selalu mengingatkan diri utk terus kuat setiap hari.!!~ =)

Thursday, October 1, 2009

My Loneliness

Semalam lepas saja balik dr sesi fotographi bersama anggota selku.. aku sempat tonton satu filem d tb3 tajuk "SEPI".!!!~ Jalan ceritanya sangat menarik hati dan menyentuh kalbu.! ending sempat jua aku menangis kejap.! huhuhuhu..

Anyway aku teringat satu perkara apabila berbicara tentang KESEPIAN.! Pastinya setiap manusia dalam dunia nie MESTI uda pernah merasakan kesepian dalam hidup. Bukan nya soal dak punya teman atau anak tunggal [ cam aku nie cian :p ] tapi tiap orang punya masa di mana ada beberapa waktu dalam kehidupan akan berapa sunyi dan sepi.

Kalau untuk aku memang MELAMPAU-LAMPAU kesepian dalam hidupku. Kalik aku sememang nya suka berdiam sendiri dan memerap dalam bilik terutamanya satu dua menjak nie.. walaupon aku nie anak tunggal tapi aku jenis kecoh dan moody sebenarnya.! Dulu2 sak pendiam. Dak percaya.? ada buktinya.! masuk FB ku dan tanya primary classmate ku.! ramai dak kenal aku uda ba. sedey nya.!! ada yang ckap aku nie pendiam kalik tyme skull.. tapi aku rasa la kan.. pasal muka aku tambah comel kalik makanya durang dak kenal aku.! wkakakakakakakakaakakaakakak..!!!! [ to sys helen: betul tak.? kewkwkewkewk :D ]

Back to topik.. sudah menjadi satu lumrah kehidupan manusia berasa sepi. Tak payah takut nak hadapi kenyataan sunyi tapi hadapi la dengan tenang.! Kawan aku [susan namanya ] cakap sepi tur bagaikan cth nie.. "Biarpon seseorang itu punya terkenal dan ramai kawan sekalipon andai dia tiada tempat utk mengadu maka sepi la hidupnya.! sambungnya "Cam keadaan Hero Smily Pasta sebelum jumpa heroinnya" [aku pon dak paam ceritanya sebab aku lom tonton.! meh join PASTA group.! wkakakaka :D ]

Tapi memang betul la kan..? kehidupan nie tiada makna kalu tiada orang yang kita sayang dan menyayangi kita balik.! dapat aku bayangkan betapa tiada makna langsung kehidupan orang yang sepi ne kerana aku sendiri perna alaminya. Senantiasa rasa kosong dan sunyi.! Setiap detik yang berlalu hanya akan dihitung tanpa dirasai. walaupon kita tahu masa yang lepas tak akan berulang lagi.. tetap saja dibiarkan pergi oleh orang yang hidupnya hanya ditemani kesepian. Mungkin saja kamu rasa sepi itu biasa-biasa saja tapi sebenarnya cukup menyakitkan.!

Akhir sekali.. Jangan biarkan Hidup anda diselebungi KESEPIAN.! Cuba mulakan harimu dengan senyuman dan teruskan usaha utk menceriakan harimu TIAP-TIAP HARI walaupon perit. Pastinya perlahan-lahan akan ada sukacita mengekorimu dan menjadikan harimu semakin penuh dengan kegembiraan melimpah.! God Bless.

AlicePongak: Suka menyendiri bila bercuti di pulau-pulau.! mantap giler sepinya :P

Saturday, September 12, 2009

My Betrayal

Terus terang dalam hidup ini banyak sangat perkara yang berlaku dan semuanya membuat aku sangat LEMAH dan sukar BERNAFAS.!! bagi yang selalu mengikuti tulisan journal dan blog aku nie pastinya tau apa yang aku alami.. Bukan mudah untuk meneruskan hidup tapi aku bersyukur untuk kekuatan dan kesabaran yang aku dapat dari seorang peribadi iaitu "Papa J" yang senantiasa setia bersama ku.. Praise HIM for tat :)

P-E-N-G-K-H-I-A-N-A-T-A-N.!!~
pastinya semua pon pernah alami dalam hidup.. samada ianya datang dari keluarga + kawan² or even "stranger". [ sapa yang dak pena alami tur.. memang ko orang punya hidup dak "normal".! kekeke upenya ayat-ayat jeles.! ]. Tapi itu la yang selalu aku alami. Dah termaktub dalam kisah hidup aku kalik.? fuh.. aku pena di-khianati oleh "pencinta" aku malah even "teman rapat " aku sendiri. Sakitnya.? lebih pahit dr makan peria.! heks just kidding.. Ianya lebih daripada itu.. "tenseN" selalu melanda diri dan membuat emosi bercelaru.!!~

Rasa itu sebenarnya lebih daripada apa yang kita jangka malah lebih dalam pahitnya saat kita mula salahkan Tuhan untuk semuanya.! [memang begitu apabila dah takda orang yang kita nak BLAME uda.! ]

Setiap dugaan atau AL-KISAH kehidupan pastinya berbeza-beza utk setiap insan. Apa yang aku lalui mungkin saja TIDAK PERNAH terduga dalam kehidupan ko-orang dan sebaliknya.! Seseorang pena mengatakan ayat nie kepadaku saat dia lemah, "Apa yang aku rasakan saat ini, hanya aku yang mengerti.!!" Walaupon aku kecewa tidak dapat membantu tapi aku bersyukur aku masi bisa menjadi seorang yang dia boleh andalkan untuk meletakkan kepalanya di bahuku apabila dia menangis.! Percaya lar.. aku mengerti apa dia rasa.!! dan sbg kawan aku akan tetap mendorongnya utk terus kuat.!!

Satu nasihatku.. untuk merasakan ketenangan semula dalam hidup.. kita haruslah MELEPASKAN rasa sakit dan pahitnya dugaan itu dan mulakan HIDUP BARU.. Memang sukar tapi itulah kenyataannya.! Salah satu caranya adalah MEMAAFKAN diri kita sendiri dan seterusnya orang yang menyakitkan mu. Jika tidak.. rasa pahit mu akan terus mengikuti mu seperti "bayang-bayang kegelapan" dan akhirnya akan memakan seluruh hati dan hidupmu.! Pintaku jan jadikan kisah hidupmu coretan yang punah di dunia ini. Bangkit dan nikmatilah sisa hidup walaupon yang ada cuma secebis HARAPAN. itu uda lebih dari cukup daripada terus bermurung dan putus asa.!

Ending.. aku harap apa saja badai dalam hidupku dapat aku tangani dengan iman.!!~ "ai will face it open hand.!!".

AlicePongak: Akan cuba "mengiklankan hidup yang tabah dan berkesan =)

Friday, September 11, 2009

My Miz-Understood

Sebelum me start today "blog" aku nak tanya satu soalan. Ko-orang pena tak SALAH-PAAM ama orang lain.? maksud aku keadaan di mana kita fikir lain pasal satu orang tur tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan rupa-rupanya apa yang kita fikir BERBEZA dengan kejadian yang orang itu hadapi.? get me.? sapa yang pena alami rasanya paam lar :P

Itu la aku nak coret sedikit pasal kes MISS-UNDERSTOOD neH.! fuh.. sebak pla.! Terkilan jua aku sebenarnya sebab aku uda pupuk fikiran negatif dalam kepala aku nie pasal dia.!! [adalah anak orang sorang nie.. biarlah rahsia ek.? :D].

Aku "take tyme" telefon dia semalam.. setelah sekian lama aku heran kenapa dia dak pena hubungi aku uda.? sedey la ba jua kan.. cam dak di-ambik berat ja.. huhuhuhuhuHuhu.. setelah aku dapat berbicara dengan dia dan ternyata semua apa yang aku pikir lari pesong.!! punya la aku rasa sebal yang TERDALAM sangat.!!! rasa bersalah amat "menyelebungi" diriku dan terus terang perasaan tur TER-CONNECT sampai hari nie.. tenang alice.!!

Semalaman aku berfikir [sampai keja part tyme aku semua terbengkalai.!!] kenapa kekadang pikiran aku nie "sangat-sangat" kuat judge orang lain.?? Terus terang aku suka melihat-lihat orang dan menilai mereka melalui pandangan pertama aku.. dak la jua semua aku judge negatif tapi memang MORE dr positif lar..!! kekekek.. besa la manusia suka cari kesalahan orang lain dr memikirkan kebaikan orang ama kita kan.? Hiprokrit la aku kalu aku cakap aku nie dak pena mengutuk + mengumpat atau membuli orang..!! [dulu-dulu sak.. sekarang memang cewek baik uda ne.! hikhikhik :D ] Semakin hari semakin banyak aku belajar dari kesilapan dan pengalaman orang lain. Apa lagi orang yang terdekat ama aku termasuk dia.!!~ so aku ambik keputusan utk terus BERFIKIRAN matang dan POSITIF walaupon kekadang aku nie kaya dengan "cas-cas" negatif dalam badan.! wkakakakakaa.. yakin sak =)

Tapi aku nak nasihat ko-orang agar jangan jua cepat sangat "TERJUAL" ama drama orang lain tau.? Lebih baik lagi kita selidiki dengan sejelas-jelasnya agar semuanya CLEAR.!! bleh jua kurangkan salah paam dan rasa sebal kan.? Bagi yang kuat BERLAKON di pentas sendiri.. ingatlah pepatah melayu nie.. "Setinggi-tinggi Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua.!!" So kena beringat dan jaga lah HATI okay.? ini bukan nak ajar ko-orang utk pentingkan diri sendiri cuma utk menyelamatkan hati dan perasaan.! Aku "ngerti" sangat camna perasaan yang TERLUKA.! [ bagaikan kristal yang jatuh berkecai.. nak GAM nak repair pon tetap ada nampak rekahannya.! ]

Last but not least.. aku nak MINTA MAAF dr hujung rambut ke hujung kaki kepada semua orang yang aku pernah JUGDE dan SALAH -PAAM-KAN.!!~ [ salah grammar lagi :P ]. Terima kasih jua kerana setiap apa yang berlaku mengajar aku utk lebih memahami tujuan hidup.!! HehehHehe.. jumpa lagi. adios amigos.! astalavista bebeH.. muacks :*

AlicePongak: will take tyme to realise and analyse everyone's situation after tis =)

Friday, September 4, 2009

My Sacrifices

Hari nie mood aku bercampuR aduk.!!~ ada perasaan yang teruja tapi lebih kepada blur dan bengong.. napa cam tur.? ntaH aku pon sendiri masi tertanya-tanya.. tapi aku tau aku merindukan seseorang yang jauh.. dan hati aku sedey sangat apabila terkenang akan dirinya.. fuh.. sabar alice.!! huhuhu..

Sambil² menaip nie aku dengar lagu-lagu febret kOrean aku dr TITLE "THE SAD SONATA STORY".!!~ of cos aku nie peminat korean BUT hanya utk satu movie ne jak.. Yang lain IM NOT INTERESTED.!!! [hehehehehe mengencang sendiri pla kan.?]

Salah satu video klip bagi movie nie boleh di lihat dalam web nie
[ http://video.tagged.com/#v=0R8SwWqY4ao ] so nice kan.? memang menarik jalan cerita dia.. cuma yang kin baccat ending dia hero dia si JUNYING matai pla.. makin sedey waaaaH.!!

cian heroin dia c HUIREN.. Huhuhu.. jiwang ko kata.? kalu dak jiwang kompon bukan wayang korean eH.! wkakakakaakaka.. yakin sak ba..

Apabila aku melihat dan mendengar semula semua jalan cerita movie ne.. kekadang terasa dan terfikir jua sejenak apa benar ada insan dalam dunia nie yang sanggup berkorban utk orang lain yang mereka sayang.? banyak sangat dalam tv kan cerita pasal cinta dan pengorbanan ne.. tapi sejauh mana benarnya betul-betul terjadi dalam kehidupan realiti sekarang ar.? meh sama-sama fikir luk..hmmm..

Pengorbanan bukan semestinya HARUS MATI utk orang tur walaupon memang itu la yang paling berharga apabila memberikan nyawa sendiri utk orang lain tapi bagi aku ianya lebih jauh bermakna dan mendalam maksudnya. Bagi aku pengorbanan yang paling berharga ialah menunjukkan KASIH or maybe CINTA sebenar saat orang lain tak sedar.!!!~ [maybe salah satunya mati utk orang yang di sayang lar tu kan.?!!~]

Aku.? of cos pena berkorban utk orang lain.. Bertahan utk orang yang aku sayang.. Yang aku dapat bukan kebahagian.. tapi lebih kepada PAIN yang sakit sangat.. [trust me.. kesakitan tur dak dapat diungkapkan.. hanya aku yang rasa sakitnya.!!~] tapi dari citu lah aku belajar pengalaman hidup yang membuatkan aku dapat SURVIVE sekarang.!! rasa BENCI.? tipu la kalu aku cakap aku dak benci dia.. tapi everyday aku belajar hidup dalam kebencian hanya mengundang KEPAHITAN DALAM HIDUP ja.. apa lah gunanya hidup uda kalu asyik pahit jak kan.? tats why aku belajar utk MEMAAFKAN DAN MELEPASKAN semuanya.. dan dr citu jua aku bermula sekali lagi dan bangkit utk berjuang sekali lagi..!

Tapi apa pon jenis pengorbanan yang dibuat perlukan KEIKHLASAN.. kekadang tak ramai yang sedar pengorbanan orang lain sehingga la saat-saat terakhir. Mesti wujud salah faham terlebih dahulu + perasaan yang gundah dan resah + fikiran yang dak menentu malah tindakan yang melulu dan barulah timbul KESEDARAN..!!!~ so sad kan kalu terjadi begitu.? itu la realitinya kehidupan sekarang.. but dun wori. Setiap pengorbanan akan tetap DIHARGAI tak kira la cepat dan lambatnya masa asalkan kamu benar-benar melakukannya dengan hati yang rela.. So tak kira la aku epy atau sedi atau blur.. aku akan cuba POSITIF.!! dan aku harap kamu pon berfikiran yang sama.. Setiap tindakan kita ada pilihan..dan pilihan tersebut always ada risikonya.. Aku harap HARI ini aku bisa belajar satu perkara baru lagi dalam hidup dan harap kamu juga.!!~

PengorbanaN terbesar seorang peribadi utk-kU.!
Of cos "Papa J"

AlicePongak: Geram masih tak dapat beli ONE-SET movie korean nie.. kan besh kalu ada yang kasi aku as gift.! hahahahahahaha =)