Welcome To My Page

My Current Blog - Music & Poemz
http://venz-johns.blog.friendster.com

My Current Journal
http://www.tagged.com/pongak

Great women comes within herself.
Any Ideas + Opinions + Commentz are muchly appreciated
Hope yu're enjoying urself here.!!~

About Me

My photo
Odinary Gurl + UniQue in Every Wayz

Wednesday, September 30, 2009

My Besday

Hari nie aku bersyukur sangat kepada Tuhan kerana bertambah lagi setahun umur kepada YANG PALING MUDA.! ek eleH jan ko-orang mau kaC tua aku.. Ayat penyata tahunan aku ialah "AGE IS JUST A NUMBER.!! yang penting hati tetap muda.! cam aku. wkakakaka.. meh nyanyi lagu d bawah nie sekali sambil tepuk tangan.!! [ Liriknya pla pandai² la ko orang ubah utk aku ek.?hehehe :D ]

HAPPY BIRTHDAY to Me..
HAPPY BIRTHDAY to Me..
HAPPY BIRTDAY Sweet Alice..
HAPPY BIRTHDAY to Me.!!!

Nak tahu sapa orang pertama wish aku semalam tepat jam 12am.? OF cos its my BROTHER named BIG JOHN.! Pemenang 6x berturut-turut dalam carta tahunan aku. Hahahaha.. Memang mengharu-birukan lar dengan nyanyian sumbang menyumbang dia.! [kes baru bangun hanya utk wish aku harijadi.! tekak pon rock yeah-yeah.! =))].Apa pon aku berterima kasih sangat ya abg.! See yu next year..! kewkewkewkew. Selepas dier jan cerita lar.. hp aku cam HOTLINE semalam sampai sekarang nie.! Pelbagai jenis sms dan picture besday aku dapat.. tak kurang juga ada yang terus telefon wish aku. [ terkini angka kiraan masuk 67 orang uda.! ] Punya canggih zaman sekarang kan.? Semua hanya di hujung jari.! kekeke..

Aku masi ingat lagi kalu dulu semua orang masi sibuk menulis surat dan kad-kad ucapan tak kira la utk besday + perayaan² lain.! Aku punya seorang kawan "TENET" yang nicknamenya "ZEBB" gemar dan masi aktif kirimkan aku kad harijadi dan christmas tiap tahun.! Rajin kan dia.? kalu nak banding aku ama ko-orang memang suka cari jalan mudah dan salah satunya of cos la thru email dan HANDPHONE.! [ tengok sak budak sekolah dalam darjah 1 pon dah ada hp.! CANGGIH lagi dr aku punya. huhu :D ]

Eh aku ndak cakap jua TEKNOLOGI tur dak bagus.! cuma aku teringat sak dalam zaman aku membesar sehingga pada hari ini [ cam aku tuak betul pla uda :p ] banyak sangat perubahan yang ketara.! termasuk la jua perubahan fizikal aku sekarang. Semakin hari semakin meniti hari tua.. aisehmen.!! dun worry ba.. camna aku tua pon aku maintain comel.! wkakakakakakakakaka.. [ ayat si albort : "perasan kunun.!" anduk =) ]

Apapon makasih semua yang telah menceriakan hari aku yang sangat bermakna ini. "Tak akan aku lupakan jasa baik kalian hingga akhir tua ku.!" cam salah ucapan aku nie.! [ekekoekeokeoe maklum dah nyanyuk coz dah masuk geng 26th sekali skullmate ku.!!] Hohohoo peace for the twins and marline.!!" = Ops ayat dr FB nie :D Kepada yang sama tarikh besday ngan aku.. SELAMAT HARI ULANG TAHUN JUGA.! Semoga apa saja yang dihajati termakbul. Amen.

AlicePongak: Wish tahun nie agar dapat lebih "hikmat" dalam meniti pergumulan kehidupan + diberkati dalam tiap segi keperluan =) dan gambar cake di bawah nie utk jeleskan sys HELEN.! wkakaka :D


Saturday, September 26, 2009

My Beautiful

Aloha back to all my loyal viewers.!!~ okay na lang.? hope yu all be just fine sambil take tyme baca journal dan blog hari nie.. hikhik..

"CANTIK" = Kamu rasa apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran kamu.?? para gadis jelitawan, lelaki yang encem, keunikan sesuatu barang atau permandangan yang menenangkan.? [jan tanya aku.! kompon aku jawab britney atau erra fazira.! haha :D ]

Tapi hari nie aku nak bicara pasal diri aku pla.! kamu rasa aku nie kategori apa.? cantik + comel + anggun + lawa + hodoh + chubby + jelek atau biasa² ja.? Ramai orang berpendapat aku nie cantik [bukan perasan ya.. memang pla ramai cakap :P ] ada yang bilang aku comel dan cute.!!~ kawan² aku pla cakap aku chubby dan berisi [nie kes dengki kalik.! wkwkwkwkw :P ] tapi paling kin BACCAT mama aku kata aku nie cam anak badak uda.! uwaaaaaaaaaaaaaa love and "menci" ma mami.! hikhik :D

Apa pon pandangan orang terhadap aku.. sebenarnya sebanyak sedikit aku kisah jua.! [ sengaja taip banyak dulu supaya ko-orang tau aku nie pandai tersinggung jua.!! hehe :)) ] tapi dalam masa yang sama aku kekadang buat pekak sak.! sebab besa nya yang membuat teguran nie CUKUP dak sedar diri.! cth yang simple, seorang member aku yang lebih BESAR dr aku menegur "adoy alice kenapa sudah ko gumuk nie.? " kan dah tak logik tur.? wkakaka locok-locok.! itu lah manusia.. bak kata pepatah "Gajah depan mata tidak di nampak tapi kuman seberang laut jelas kelihatan.!" [opps teda niat nak menyindir ar.? sapa makan cili dialah rasa pedasnya.. peace.! :p]

Yang pasti aku akui semua manusia yang Tuhan ciptakan memang Cantik.! Tak kira la dari pandangan paras rupa, bentuk tubuh badan atau keluhuran hati dan tingkah laku. Yang penting masing² kita hargai semua jenis "kecantikan" yang uda NATURAL kita dapat. Kalu setakat cantik di luaran sak pon orang menyampah juga.! Biarlah orang melihat diri dan hati kita sama-sama cantik. [dari mata turun ke hati gitu.!].

Akhir sekali biarlah lagu Christina Aguilera menjadi pendorong kamu semua.! " You're BEAUTIFUL no matter what they SAID." hikhik jadilah diri sendiri dan hargailah kecantikan mu mula hari nie.! Hik3x.

AlicePongak: Yang penting aku selalu cantik di matanya.! haha =)

Friday, September 25, 2009

My Love

Hari nie ramai yang bagi aku LOVELY commentz + messages.. Semuanya indah dan aku cukup hargai. Tapi aku tertanya-tanya sejauh mana pengertian kita semua apabila berbicara tentang KASIH atau CINTA.? Jika ditanya pada umum pastinya jawapan yang diberikan berbeza-beza. cthnya Cinta pada Tuhan, family, rakan-rakan dan kekasih. kamu pla camna.? mesti ada yang disayang kan.? kekekeke.. aku pla of cos sayang dia.? [cam addicted pla :p]

Bagi aku Cinta itu sesuatu yang subjektif. Sukar dimengerti dan ditunjukkan. Penilaian setiap insan kekadang membuat minda kita terbuka utk lebih berfikiran luas apabila berbicara tentang Cinta. Risiko percintaan.? Bahagia + Kecundang + Dendam + Kepahitan + Kekesalan.!!!~ [aiyo cam lebih banyak negatif dar positif pla.! itu lah bahayanya Cinta kalu disalah-gunakan ! Fuh ]. Antara Cinta dan Kasih, aku lebih suka menggunakan perkataan "Kasih". Ianya lebih lembut dan mudah utk difahami walaupon maksud kedua-duanya sama atau lebih kurang sak. [ kali aku lebih suker dgn kelemah-lembutan sebab aku jenis kasar.!! haha =p ]

Mengasihi dan jatuh cinta memang indah. Ianya salah satu ANUGERAH Tuhan bagi manusia di bumi. Cuma kita jak manusia yang dak tahu bersyukur untuk semua pemberian Kasih Tuhan.!!~ Nasihatku.. bagi yang sekarang tengah HOT bercinta.. hargai lar pasangan masing-masing tapi jan pla lupa dunia sebab orang cakap Cinta Itu Buta.!!~ [ betul-betul aku sukung 101% :D ]. Bagi yang masi mencari Cinta.. carilah sampai ketemu yang benar-benar boleh menjaga hatimu sehingga maut memisahkan.

Bagi lelaki, aku sarankan jangan la asyik nak mainkan hati perempuan. Karang ketulahan kamu jadi cam filem LALOLA.!!~ [ watak lelaki playboi bertukar jadi perempuan.!!~ neh rasa mu oren. wkakakakaka :P ] dan bagi perempuan, aku nasihatkan jangan la takut dengan ANGKA umur yang kunun makin meningkat sehingga berabis main tunjuk saja dan akhirnya.? aiyak merana pasal salah dalam memilih.!!!~ [sedey coz dah lihat ramai kawan-kawan aku jadi mangsa.! actually kin aku takut jua.]

Manusia haruslah saling mengasihi antara satu sama lain. Belajar utk menghargai dan setia adalah langkah yang paling berkesan. BERSUKACITA lah utk semua anugerah dan pemberian yang telah DIA berikan. Kasihanilah keluargamu + sahabat handai + cinta hatimu + jiran tetangga dan orang lain. Barulah berkat hidup di bumi dan di syurga. Amen.

AlicePongak : Sayang Keluarga + Kawan dan Si Dia.!!~ [ Pic bersama Cinta Hatiku.. jan jeles ar.? peace.!!~ :P ]

Thursday, September 24, 2009

My Hari Raya Year 2009

Selamat Hari Raya.!!~ hehehHehe maC belum terlambat jua me wisH utk all my muslimin and muslimat in my "Friendster + Facebook + tagged" account's friends. [ duit raya sekali ar.? wkakakakaka :D ]

Walaupon hari nie aku dah sibuk dengan keja tapi terkenang-kenang juga cuti yang lepas beberapa hari lalu. HehehHehe paling BEST DAN GEMPAK hari cuti aku ialah kemarin.!!~ why.? sebab aku dapat jumpa kawan-kawan tyme aku skull tadika + rendah + menengah wor.! actually aku ama marline uda plan awal nak buat "small renioun" tyme raya.. ingatkan hanya kami berdua jak la yang berjalanan tapi semua call us last minutes.! hehehe.. makasey lar sebab ada yang datang jauh-jauh dr kunak like stella & anne + all kuya dan kuye.! Tak lupa jua utk yang lain. Hopefully next tyme bleh hang-out ama ko-orang lagi.

AlicePongak: Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama =)

Tuesday, September 15, 2009

My PMS

Mat pagi malaysia.! uiseH skema nyer.. wkakakakakakakak peace bebeH.!!

1stLy.. sowey lar me ndak menulis journal atau blog kemarin. "SANGAT-TERSANGAT" bad mut pulak satu hari.! [actually terconnect mut yang minggu lepas.. hehehehe]. but its okay.. kepada peminat setia yang rajin membaca.. nie hari aku nak share something FRESH.!!

Topik nie hari ialaH PMS (Pre-Menstrual Syndrome bagi wanita) & IMS (Irritable Male Syndrome bagi lelaki.!!~)

PMS dan IMS nie dikaitkan dengan hal emosi semasa datang bulan bagi perempuan dan "datang bintang" kot bagi lelaki.? hahahaha.. aku nak bahas topik nie pasal aku tambah bengang & baccat semalam sebab di kaitkan keadaan emosi aku dengan hal tubuh wanita iaitu PERIOD & PMS. [kepada yang bawah umur make sure ko-orang tanya parents ko luk b4 baca journal atau blog nie.. takut sak pikiran ko-orang suka bengkok & salah tiun.!! but still anggap lar sebagai info berguna yer.? Hehe]

Aku paling pantang kalu aku tengah HOT or TEMPER mesti di cakap aku tengah period atau DATANG HAID.. tat why kuat mara.! wah hal dak semestinya la aku tengah period pon masa itu. So hari nie aku nak TEMBAK kaum adam nie sebagai pengajaran kat ko-orang sket.! [pang pang pang.!!~]

Lelaki nie dak sedar diri mereka pon ada PMS jua tapi utk mereka nama saintifiknya ialah IMS = Ianya berlaku akibat perubahan hormon testosteron dalam tubuh kaum lelaki.! pandai nak kata pompuan ja.! Nak tahu gejala IMS lelaki nie.? "asyik marah + resah gelisah + over sensitive + pening + sakit kepala". Yang kin lagi teruja at least para wanita hanya sebulan sekali jer emosi tapi utk kaum adam nie.? SETIAP HARI babe.!! [hahaha lagi dasyat kan.. Kew3x]


Ko-orang dak percaya.? aku pon malas nak cakap banyak.. so im gonna give yu all the info and watch it urself dlm 3R Episod 12 - Kenali tubuh anda [ juz klik it ]

http://www.youtube.com/user/respectrelaxrespond#play/uploads/5/y4U5HoBu6eE

So kepada kaum adam.. before nak cakap benda-benda yang ko orang sendiri dak sure.. its better to SHUT UP and just LISTEN.! Hahahaha.. adios amigos.

AlicePongak: Puas lancarkan bom atom kemarin kat member yg trep clever.! Huhuhuhu.

Saturday, September 12, 2009

My Betrayal

Terus terang dalam hidup ini banyak sangat perkara yang berlaku dan semuanya membuat aku sangat LEMAH dan sukar BERNAFAS.!! bagi yang selalu mengikuti tulisan journal dan blog aku nie pastinya tau apa yang aku alami.. Bukan mudah untuk meneruskan hidup tapi aku bersyukur untuk kekuatan dan kesabaran yang aku dapat dari seorang peribadi iaitu "Papa J" yang senantiasa setia bersama ku.. Praise HIM for tat :)

P-E-N-G-K-H-I-A-N-A-T-A-N.!!~
pastinya semua pon pernah alami dalam hidup.. samada ianya datang dari keluarga + kawan² or even "stranger". [ sapa yang dak pena alami tur.. memang ko orang punya hidup dak "normal".! kekeke upenya ayat-ayat jeles.! ]. Tapi itu la yang selalu aku alami. Dah termaktub dalam kisah hidup aku kalik.? fuh.. aku pena di-khianati oleh "pencinta" aku malah even "teman rapat " aku sendiri. Sakitnya.? lebih pahit dr makan peria.! heks just kidding.. Ianya lebih daripada itu.. "tenseN" selalu melanda diri dan membuat emosi bercelaru.!!~

Rasa itu sebenarnya lebih daripada apa yang kita jangka malah lebih dalam pahitnya saat kita mula salahkan Tuhan untuk semuanya.! [memang begitu apabila dah takda orang yang kita nak BLAME uda.! ]

Setiap dugaan atau AL-KISAH kehidupan pastinya berbeza-beza utk setiap insan. Apa yang aku lalui mungkin saja TIDAK PERNAH terduga dalam kehidupan ko-orang dan sebaliknya.! Seseorang pena mengatakan ayat nie kepadaku saat dia lemah, "Apa yang aku rasakan saat ini, hanya aku yang mengerti.!!" Walaupon aku kecewa tidak dapat membantu tapi aku bersyukur aku masi bisa menjadi seorang yang dia boleh andalkan untuk meletakkan kepalanya di bahuku apabila dia menangis.! Percaya lar.. aku mengerti apa dia rasa.!! dan sbg kawan aku akan tetap mendorongnya utk terus kuat.!!

Satu nasihatku.. untuk merasakan ketenangan semula dalam hidup.. kita haruslah MELEPASKAN rasa sakit dan pahitnya dugaan itu dan mulakan HIDUP BARU.. Memang sukar tapi itulah kenyataannya.! Salah satu caranya adalah MEMAAFKAN diri kita sendiri dan seterusnya orang yang menyakitkan mu. Jika tidak.. rasa pahit mu akan terus mengikuti mu seperti "bayang-bayang kegelapan" dan akhirnya akan memakan seluruh hati dan hidupmu.! Pintaku jan jadikan kisah hidupmu coretan yang punah di dunia ini. Bangkit dan nikmatilah sisa hidup walaupon yang ada cuma secebis HARAPAN. itu uda lebih dari cukup daripada terus bermurung dan putus asa.!

Ending.. aku harap apa saja badai dalam hidupku dapat aku tangani dengan iman.!!~ "ai will face it open hand.!!".

AlicePongak: Akan cuba "mengiklankan hidup yang tabah dan berkesan =)

Friday, September 11, 2009

My Miz-Understood

Sebelum me start today "blog" aku nak tanya satu soalan. Ko-orang pena tak SALAH-PAAM ama orang lain.? maksud aku keadaan di mana kita fikir lain pasal satu orang tur tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan rupa-rupanya apa yang kita fikir BERBEZA dengan kejadian yang orang itu hadapi.? get me.? sapa yang pena alami rasanya paam lar :P

Itu la aku nak coret sedikit pasal kes MISS-UNDERSTOOD neH.! fuh.. sebak pla.! Terkilan jua aku sebenarnya sebab aku uda pupuk fikiran negatif dalam kepala aku nie pasal dia.!! [adalah anak orang sorang nie.. biarlah rahsia ek.? :D].

Aku "take tyme" telefon dia semalam.. setelah sekian lama aku heran kenapa dia dak pena hubungi aku uda.? sedey la ba jua kan.. cam dak di-ambik berat ja.. huhuhuhuhuHuhu.. setelah aku dapat berbicara dengan dia dan ternyata semua apa yang aku pikir lari pesong.!! punya la aku rasa sebal yang TERDALAM sangat.!!! rasa bersalah amat "menyelebungi" diriku dan terus terang perasaan tur TER-CONNECT sampai hari nie.. tenang alice.!!

Semalaman aku berfikir [sampai keja part tyme aku semua terbengkalai.!!] kenapa kekadang pikiran aku nie "sangat-sangat" kuat judge orang lain.?? Terus terang aku suka melihat-lihat orang dan menilai mereka melalui pandangan pertama aku.. dak la jua semua aku judge negatif tapi memang MORE dr positif lar..!! kekekek.. besa la manusia suka cari kesalahan orang lain dr memikirkan kebaikan orang ama kita kan.? Hiprokrit la aku kalu aku cakap aku nie dak pena mengutuk + mengumpat atau membuli orang..!! [dulu-dulu sak.. sekarang memang cewek baik uda ne.! hikhikhik :D ] Semakin hari semakin banyak aku belajar dari kesilapan dan pengalaman orang lain. Apa lagi orang yang terdekat ama aku termasuk dia.!!~ so aku ambik keputusan utk terus BERFIKIRAN matang dan POSITIF walaupon kekadang aku nie kaya dengan "cas-cas" negatif dalam badan.! wkakakakakaa.. yakin sak =)

Tapi aku nak nasihat ko-orang agar jangan jua cepat sangat "TERJUAL" ama drama orang lain tau.? Lebih baik lagi kita selidiki dengan sejelas-jelasnya agar semuanya CLEAR.!! bleh jua kurangkan salah paam dan rasa sebal kan.? Bagi yang kuat BERLAKON di pentas sendiri.. ingatlah pepatah melayu nie.. "Setinggi-tinggi Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua.!!" So kena beringat dan jaga lah HATI okay.? ini bukan nak ajar ko-orang utk pentingkan diri sendiri cuma utk menyelamatkan hati dan perasaan.! Aku "ngerti" sangat camna perasaan yang TERLUKA.! [ bagaikan kristal yang jatuh berkecai.. nak GAM nak repair pon tetap ada nampak rekahannya.! ]

Last but not least.. aku nak MINTA MAAF dr hujung rambut ke hujung kaki kepada semua orang yang aku pernah JUGDE dan SALAH -PAAM-KAN.!!~ [ salah grammar lagi :P ]. Terima kasih jua kerana setiap apa yang berlaku mengajar aku utk lebih memahami tujuan hidup.!! HehehHehe.. jumpa lagi. adios amigos.! astalavista bebeH.. muacks :*

AlicePongak: will take tyme to realise and analyse everyone's situation after tis =)

Thursday, September 10, 2009

Waktu Dan Cinta

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak:-

Ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dgn baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu & air laut tiba-tiba naik & akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang & tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan sementara air makin naik membasahi kaki Cinta. Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta. "Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.

Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta. Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik.

Tak lama lewatlah Kecantikan. "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta. "Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak.

Saat itu lewatlah Kesedihan. "Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta. "Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..." kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.



Saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, TEPAT sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi.

Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu." kata orang itu. "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku" tanya Cinta heran. "Sebab," kata orang itu, "Hanya Waktu lah yang tahu berapa NILAI sesungguhnya dari Cinta itu."



AlicePongak: Time need PATIENT. Its the best solution for every situations. Be patient and yu'll be rewarded.!! =)

Friday, September 4, 2009

My Sacrifices

Hari nie mood aku bercampuR aduk.!!~ ada perasaan yang teruja tapi lebih kepada blur dan bengong.. napa cam tur.? ntaH aku pon sendiri masi tertanya-tanya.. tapi aku tau aku merindukan seseorang yang jauh.. dan hati aku sedey sangat apabila terkenang akan dirinya.. fuh.. sabar alice.!! huhuhu..

Sambil² menaip nie aku dengar lagu-lagu febret kOrean aku dr TITLE "THE SAD SONATA STORY".!!~ of cos aku nie peminat korean BUT hanya utk satu movie ne jak.. Yang lain IM NOT INTERESTED.!!! [hehehehehe mengencang sendiri pla kan.?]

Salah satu video klip bagi movie nie boleh di lihat dalam web nie
[ http://video.tagged.com/#v=0R8SwWqY4ao ] so nice kan.? memang menarik jalan cerita dia.. cuma yang kin baccat ending dia hero dia si JUNYING matai pla.. makin sedey waaaaH.!!

cian heroin dia c HUIREN.. Huhuhu.. jiwang ko kata.? kalu dak jiwang kompon bukan wayang korean eH.! wkakakakaakaka.. yakin sak ba..

Apabila aku melihat dan mendengar semula semua jalan cerita movie ne.. kekadang terasa dan terfikir jua sejenak apa benar ada insan dalam dunia nie yang sanggup berkorban utk orang lain yang mereka sayang.? banyak sangat dalam tv kan cerita pasal cinta dan pengorbanan ne.. tapi sejauh mana benarnya betul-betul terjadi dalam kehidupan realiti sekarang ar.? meh sama-sama fikir luk..hmmm..

Pengorbanan bukan semestinya HARUS MATI utk orang tur walaupon memang itu la yang paling berharga apabila memberikan nyawa sendiri utk orang lain tapi bagi aku ianya lebih jauh bermakna dan mendalam maksudnya. Bagi aku pengorbanan yang paling berharga ialah menunjukkan KASIH or maybe CINTA sebenar saat orang lain tak sedar.!!!~ [maybe salah satunya mati utk orang yang di sayang lar tu kan.?!!~]

Aku.? of cos pena berkorban utk orang lain.. Bertahan utk orang yang aku sayang.. Yang aku dapat bukan kebahagian.. tapi lebih kepada PAIN yang sakit sangat.. [trust me.. kesakitan tur dak dapat diungkapkan.. hanya aku yang rasa sakitnya.!!~] tapi dari citu lah aku belajar pengalaman hidup yang membuatkan aku dapat SURVIVE sekarang.!! rasa BENCI.? tipu la kalu aku cakap aku dak benci dia.. tapi everyday aku belajar hidup dalam kebencian hanya mengundang KEPAHITAN DALAM HIDUP ja.. apa lah gunanya hidup uda kalu asyik pahit jak kan.? tats why aku belajar utk MEMAAFKAN DAN MELEPASKAN semuanya.. dan dr citu jua aku bermula sekali lagi dan bangkit utk berjuang sekali lagi..!

Tapi apa pon jenis pengorbanan yang dibuat perlukan KEIKHLASAN.. kekadang tak ramai yang sedar pengorbanan orang lain sehingga la saat-saat terakhir. Mesti wujud salah faham terlebih dahulu + perasaan yang gundah dan resah + fikiran yang dak menentu malah tindakan yang melulu dan barulah timbul KESEDARAN..!!!~ so sad kan kalu terjadi begitu.? itu la realitinya kehidupan sekarang.. but dun wori. Setiap pengorbanan akan tetap DIHARGAI tak kira la cepat dan lambatnya masa asalkan kamu benar-benar melakukannya dengan hati yang rela.. So tak kira la aku epy atau sedi atau blur.. aku akan cuba POSITIF.!! dan aku harap kamu pon berfikiran yang sama.. Setiap tindakan kita ada pilihan..dan pilihan tersebut always ada risikonya.. Aku harap HARI ini aku bisa belajar satu perkara baru lagi dalam hidup dan harap kamu juga.!!~

PengorbanaN terbesar seorang peribadi utk-kU.!
Of cos "Papa J"

AlicePongak: Geram masih tak dapat beli ONE-SET movie korean nie.. kan besh kalu ada yang kasi aku as gift.! hahahahahahaha =)

Thursday, September 3, 2009

My Fwenz-Shipz

Hari nie ramai pla aku add "NEW FRIENDs" thru "online net" of cos...happy jua dapat kenalan lebih ramai orang. Bak kata orang tua-tua.. " Bercinta biar satu Berkawan biar ramai"..!!~ tapi bleh ker jadinya.? hmmm.. meh fikir sesama.!

Percaya atau ndak aku punya ramai kawan lelaki dr perempuan.! bagi aku lelaki nie lebih open minded sket daripada pompuan yang lebih banyak suka gosip dan mengumpat.! [hey gurl its true wah sebab aku pon pompuan.! hahahahaa]. Lelaki pla suka cerita pasal bola [tak termasuk yang kaki bangku atau memang dak minat bola] atau cerita pasal awek-aweks durang but mostly semua "BOY-FRIENDS" aku pla suka cerita pasal masa depan dan pengalaman hidup mereka. Itu yang best berkawan ama lelaki nie.. banyak aku belajar cara utk SURVIVE.! thanks a lot guys.! kekekeke..



Aku punya sorang COUSIN lelaki dan 4 boi-FRIENDZ yang paling me rapat.!! cousin aku nama Anzen & BFF lelaki aku yang lain nama Sargie + Zulfan [adik angkat] + Big John + Alex Tan. They all uniQue in every wayz. dan paling best mereka betul2 TRUE friendz ama aku..! Of cos la ba aku ada jua sweet Gurl-FRiends like Susan + Jenn + Selphi + Cicie + Bb [kawan dr MIRC] + Helen [kawan rapat dr Friendster] + etc lar.. nak taip semua kompon dak abis.! hahaha..



Ko orang mesti cakap " eleh mustahil la pompuan ama lelaki boleh berkawan jak tanpa jatuh cinta.!!" Well utk pengetahuan ko-orang.. persahabatan aku memang 100% PURE FRIENDSHIP.! they all like brothers uda ama aku and im their BIG & LITTLE syster.!!
dak percaya.? eya uda.. dak paksa pon.. hahaahahaha..

But believe me.. dalam persahabatan mesti ada 5 basis atas iaitu KEJUJURAN + KEIKHLASAN + KESETIAAN + KE-SEFAHAMAN + KE-PENGORBANAN.!! [eh aku bukan gagal bm lar. cuma nak balancekan semua guna imbuhan "KE" kunun.! sukak² ku la ba kan.? hahaha baccat.? p tambling <-- sleng tawaO lagi masuk.. kew3x] Ko orang rasa ko ada semua itu.? kompon bleh jadi kawan yang baik lar... cam AKU.! [perasan jap.. hehe!!]



Apapon aku harap sangat persahabatan yang aku bina setiap hari dak kira la kawan baru ker lama akan berkekalan sehingga akhir hayat aku.! kalu aku esok lusa uda tiada [trep lagu HUJAN kejap.. walaupon lagu tur bowinks] ada jua yang letak bunga d pusara aku kan setiap hari.? sapa lagi kalu bukan KAWAN kan.? hehehehehe.. wei itu merujuk kepada kamu jua yang membaca.. mau enak ja mengelak.! [hahaha just jokes budu jap.!! kekekee..]

Last but not least this words for all my friends out there:-
"FRIENDSHIP IS ONE MIND IN TWO BODIES"

AlicePongak: Hate my friends too but LOVE them mucH too.!! Hehehe. Oppps.!!

My Dead

Did yu ever use to think what would happen if yu die someday.? Leaving all behind ur familys + friends + ur love one and all yu have in this wOrld.? How they can survive without yu and how much time they'll take to accept that yu've already truthly gone.. forever.? and after that will yu be remembered or forgotten.?

ai did realise that today.!! im sitting in the caR going back from his funeral ceremony.. when im looking out from the car side mirror thru clouds.. ai was thinking how this ONE PERSON can bring so mucH effects as for myself that can change the way im thinking about life right now. How to appreciate our beloved one MORE and MORE everyday before we all enter another life's stage called death.

There's one uncle who ai always see every evening when ai go back from work for almost 6 years. He's a beloved husband to one of our staff and sure a caring fatHer as well for his two daughters. He love to make me laugh with his simple jokes and always look sweet whenever he smiles. The way he treat people nicely will give yu effect in heaRt.! Seeing him everyday will make ur day just fine even without words..

Yesh.. he passed away after suffer from brain tumor. No one can expect tat happen including me. ai just cant believe ai would never see him again.. but thats the truth. HE'S GONE.. FOREVER.! May his soul rest in peace. Amen.

And as for us.. there's still a CHANCE given so that we can give our best to others in this world specially to persons we love and have now. Give HUG whenever someone needed it. FORGIVE anyone who have hurt yu. HEAL urself if yu are broken. SMILE and enjoy life when yu still breathing and lastly.. Give MORE LOVE when yu still can.

There's always HOPE to someone who believe they can achieve. May yu find it for urself today.!!~

AlicePongak : This blog for the memorial of Mr. Pau (Ah Yun husband) who's passed away and burial on 13/08/09 + all friend's father who's already passed away too specially cell leaders of St Patrick BM youth .

Wednesday, September 2, 2009

Introduction

My name is Elisabeth.
Just call me Alice or Elys will do.
Born and made in Malaysia.
Age.? im cOnsider it as a secret numbeR for yu all.
Hobbies.? ai love to sing actually plus interested in pianO.!!~
ambition.? dOnt ask.! sO far to catcH.

Btw.. yu all must be wOndering what's my bLog all about.?
its NOTHING actually..
ai just want to share a little bit of:-
(1) my self
(2) my family
(3) my fwenz
(4) my life experiences
(5) my opinions
(6) my love stOry
(7) my pOem'z
(8) my uniQue stories
(9) my pongak attitude'z

ai dont know how to write and how to make this blog interesting..!!~
sO if yu still think that this blog is attractive to read.. just cOntinue reading without any dOubt.!!

If yu have any cOmmentz.. just post it to ease opinion or feeling shaRing.!!~

You can also can find me at this link:-
(1) http://www.friendster.com/pongak
(2) http://www.tagged.com/pongak
(3) http://www.facebook.com/alicepongak
(4) http://www.twitter.com/pongak

Last but not least..
WELCOME to my SIMPLE BUT COMPLICATED blog..
whicH ai think alsO same witH my life.!!~ HahahHahaha.. (",)