Welcome To My Page

My Current Blog - Music & Poemz
http://venz-johns.blog.friendster.com

My Current Journal
http://www.tagged.com/pongak

Great women comes within herself.
Any Ideas + Opinions + Commentz are muchly appreciated
Hope yu're enjoying urself here.!!~

About Me

My photo
Odinary Gurl + UniQue in Every Wayz

Sunday, October 25, 2009

My Dreamz

Saat mendengar lagu "BUTTERFLY KISSES" nie aku teringat bagaimana kita insan-insan ciptaan Yang Maha Esa.. BERTUMBUH dan membesar setiap hari dan rata-rata hampir semua meniti cara kehidupan yang sama..
Blogger leh klik urL utk video clip tur:
[ http://video.tagged.com/#v=mZ_kc_3Hr1o ]

Bermula dengan zaman kanak-kanak.. Dari kecil kita simpan terlalu banyak impian dan angan-angan yang ingin dikejar.. diri kita senang dibentuk dan hati kita sangat polos dan bersih.!!!

Dalam meniti zaman remaja, kita akan sibuk mengejar cinta + identiti diri. Perlahan-lahan arus kehidupan mengajar diri kita utk lebih matang melalui kesilapan, pilihan dan masa yang berlalu dengan cepatnya.! Dan dari citu kita akan mula lalai dan melupakan segala impian di masa kecik..

Dan apabila kita sudah dewasa dan menempuh alam pekerjaan pula.. semakin hari kita akan semakin sibuk mengejar duit dan kebendaan dengan alasan untuk meningkatkan taraf kehidupan. Impian dan angan-angan.? sudah terlalu jauh untuk di capai.!!~

Saat masa muda sudah abis ditelan usia.. saat itu la semua impian dan angan-angan muncul kembali dalam kehidupan.! Dan yang pastinya penyesalan tidak membawa apa-apa makna..

Itulah arus kehidupan yang biasanya dilalui oleh setiap orang yang bergelar "manusia". Penuh dengan onak duri dan pastinya setiap orang punya pengalaman yang berbeza-beza baik ianya manis atau pahit. Ada yang penuh dengan kebahagian dan ada juga yang penuh dengan penyesalan. Saat ini di mana kah posisi hidup mu.?
[ jawab sendiri dalam hati ek.? kekekekeke ]

Bagi diri ku sendiri.. pengalaman lepas banyak membuatkan aku belajar untuk terus teguh berdiri utk aku hadapi hari-hari esok. Terlalu banyak sukacita, pengkhianatan, cinta dan kasih sayang, pengorbanan dan kepahitan dalam hidupku. Aku tak akan mengadu dan mengeluh kerana aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.! Dan itu sudah aku laluinya juga.. Aku bersyukur utk semua insiden dan kejadian yang pernah aku alami kerana dari citu lah aku mendapat KEKUATAN dan KETABAHAN sehingga hari ini.



Dan sekarang supaya aku tidak menyesal.. aku akan cuba mengejar impian dan angan-angan masa kecik ku supaya kehidupan aku lebih bersinar dan bercahaya.!!
[ nak tahu apa.? tunggu la aku dapat capai then aku share ama ko-orang lagi ek.? hihihihihihi :D ] Just wish me all da best yah.? wkakakaka.. and ai hope the BEST also to yu.! Amen.

AlicePongak: Always Thank GOd for everything.! =)

Saturday, October 17, 2009

My Filmz

Pernah tak kamu tonton satu filem cinta bertajuk " Walk To Remember.?". Ianya salah satu filem pebret aku wor.! Salah satu filem yang mengajar tentang KASIH.
[ My Top5 gitu.. kempen sket agar kamu teruja nak tonton :P ].

Filemnya simple tapi menarik. Jalan cerita dia berkisar tentang seorang gadis [ lakonan Mandy Moore ] yang rajin beribadah + penuh dengan pelbagai impian + sangat yakin dengan apa yang dia percaya dan mahu melihat satu MUKJIZAT dalam kehidupannya sebelum ajalnya.. [ cian sebab dia ada penyakit kritikal ]. Dipertengahan cerita dia berjaya MENGUBAH tingkah laku dan cara kehidupan seorang anak muda yang sangat nakal dan popular di kolej mereka.! Of cos cerita dia tetap happy ending walaupon gadis itu tetap meninggal dunia.. [ ko orang bleh search filem nie d youtube atau download jak guna Ares. Pasti ko -orang dak menyesal tonton coz setiap dialog + lagu² dia sangat berkesan dan menyentuh hati dan menusuk jiwa.!! =) ]

Video klip yang sekarang aku perlihatkan [ di tagged ]adalah sipnosis lagu dr filem tersebut title "Only Hope".
Blogger bleh klik urL ne:
http://video.tagged.com/#v=0ofeDruIwTM

Setiap kali aku tonton dan dengar lagu ini pastinya aku teringat akan kekuatan dan ketabahan seorang gadis yang akhirnya berjaya melalui tiap detik cabaran hidupnya hingga akhir. Of cos ada jua lelaki yang strong dan tabah jua.. kekekeke.. Ada satu poem yang sangat pemes berkisar tentang Kehidupan.. Aku suka dengan salah satu ayatnya:- " Many People Will Walk In and Out In Our Daily Lifes But Only Certain People Leave their FOOTPRINT in Our Heart " So nice kan.? Pernah tak kamu terfikir akan beberapa orang yang hadir dalam hidup kamu yang sedikit sebanyak mempengaruhi cara pemikiran + pergaulan dan hidup.?

Memang ramai uda friends + strangers hadir dalam hidup aku. Tiap hari saja mesti ada teman baru aku dapat specially thru tenet. [ Tak kira la dalam tagged + Friendster + Facebook + MiRc + Ym + Reality Daily Life ]. Melalui mereka dan "YOU" semua la aku banyak belajar untuk hidup dengan cara yang lebih berkesan. Tak kira la yang sudah "berkulat" aku kenal atau baru saja kemarin. Everyone is so uniQue in every ways and im thanking GOD for each tyme ai remember yu all.!!~ Hehehehe..

Pesan ku.. kalu hari nie kamu belum menjumpai sesiapa pon utk mengubah kamu menjadi seorang insan yang lebih baik.. jan la risau. Keputusan utk berubah terlebih dahulu di tangan kamu sendiri.! Orang lain yang wujud hanya sebagai dorongan dan penguat semangat saja. Selebihnya in yourself bak kata pepatah, " Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan.!" So besh of luck with ur own life. Decide now. Its never too late to change..!!~
caiyyyyyooooooOO.!!

AlicePongak: Suka dengan salah satu dialog filem nie:-
"LOVE IS LIKE A WIND. YOU NEVER SEE IT BUT YOU CAN FEEL IT.."



[ p/s: Belum sempat burn-kan CD filem nie utk Sys Helen.!! hohoho =) ]

Friday, October 16, 2009

My Choice

Today me nak share about membuat PILIHAN yang rata-rata di alami oleh semua orang dalam setiap hubungan. Baru saja pagi tadi adik angkat kesayangku [ zulfan aka Fan² namanya ] konfius dengan beberapa pilihan yang dia harus buat untuk teruskan hidupnya dengan hubungan gf nya atau ndak.! Dan selepas itu aku teringat pla lagu "son by four" yang aku dendangkan d tagged utk ko-orang saat ini. Blogger bleh nampak d url ne:
[ http://video.tagged.com/#v=iZeONqDQ6fg ]

Walaupon bahasanya mungkin kamu ndak paam [ termasuk aku :P ] tapi melalui video clip dia sak kamu boleh memahami situasi pilihan yang dia buat..

Manusia selalu diberikan pilihan dalam hidup. Ada yang memilih dan mendapat yang terbaik dan ada jua yang mendapat sebaliknya.! Bagaimana pula cara ko-orang buat pilihan.? Mungkin ada yang menyenaraikan semua kebaikan + keburukan dan kesan keputusan.. Mungkin ada yang mengikut kata hati malah mungkin juga ada yang mengikut pandangan orang lain. Banyak cara bisa membantu kita dalam membuat pilihan kan.? of cos kalu aku.. kata hati la jawabnya.! kekekekekeekek..

Terus terang pilihan aku selalunya terikat dengan JANJI dan PERASAAN aku. Bukan jua mau cakap aku ada "six-sense" tapi syukur la setakat ini semua pilihan yang aku buat semuanya memberikan kesan yang baik. Ada juga yang sangat menyakitkan tapi orang cakap endingnya tur yang mahal kan.? Sebab kekadang tiada sesiapa pon yang paam dengan decision kita sehinggalah masa yang menentukan.! [ aku rasa ko-orang paam maksud aku =) ]

So aku setuju sangat ama keputusan lelaki yang dibuat dalam video klip di atas. Bukan nya aku mengalakkan perpisahan atau penceraian.. cuma kekadang kita kena juga SELFISH bagi menjaga hati dan perasaan kita sendiri. Bukan tiada peluang yang diberikan, cuma watak wanita itu sendiri yang tidak menghargai pasangannya. Jadi buat pa pertahankan hubungan yang uda memang dak dapat diselamatkan.? tidak berbaloi.!! yang dapat cuma kepahitan dan kehancuran saja..

Jadi aku bagitau adik aku agar dia membuat pilihan yang boleh mengembirakan hatinya.! Kalu perlu bertahan [ demi cinta kalik ] pertahankan la dengan segenap hati dan keikhlasan. Aku percaya setiap perbuatan yang kita lakukan dengan ikhlas pasti bisa membuatkan orang terharu.!! Aku doakan adik aku mendapat semula sinar hatinya dan pilihan yang dibuatnya berkesan. Amen.

AlicePongak : Memang peminat setia lagu Son by Four - Purest of Pain =) + Pic bersama adik kesayangan aku tyme d KK year 2006 kot.? hahaha lupa uda aku. Love my nobbiez muches :P


Wednesday, October 14, 2009

My Happiness

Hari ini aku rasa GEMBIRA sekali walaupon aku bangun dengan rutin yang biasa. Ntah mengapa aku rasa sangat segar apabila melihat langit yang begitu indah pada awal pagi. Menghirup udara yang ada membuatkan aku begitu tenang. Aku pejamkan mata seketika dan merasakan diriku berada di satu keadaan yang sunyi tapi amat menyenangkan sekali. Mungkin ka aku d syurga.? ahaks.. [ gitu laek.. hehehehe :D ]

Aku punya satu sebab untuk senyum & bersukacita hari nie. Mungkin kerana terlalu banyak masalah kekadang aku lupa untuk mengucap syukur untuk perkara yang kecil. Dan makanya pagi tadi aku tersentak kalik.? [ orang cakap kena tampar malaikat.! huhuhuhu <-- ayat si jun-jun la ba nie.! kewkewkewkew =)) ] Heks apa pon sebabnya aku ndak pedulik.! Yang penting aku tidak akan sia-siakan hari ini sebab JARANG-JARANG aku dapat perasaan yang excited ni.. kekekekekekeke..

Terlalu banyak dugaan dalam kehidupan biasanya menghalang kita untuk bergembira.! Aku suka petikan filem indonesia tajuk TENTANG DIA yang menulis begini:- "Kesedihan Tidak Pernah Membenarkan Kebahagian Masuk Dalam Hidup Manusia.." Dan yang paling menyakitkan itulah yang terjadi kerana seringkali kita KALAH dengan peperangan dalam melawan emosi sendiri. Sungguh menyedihkan kehidupan manusia nie sebenarnya kan.? Tapi masih banyak perkara juga yang bisa membuatkan kita masih boleh tertawa.. Asalkan jangan letak cas negatif dalam pemikiran.!! Senantiasa positif orang blang.. Heks..

Hidupku biasa-biasa saja.! Bagi yang cukup mengenal aku.. uda bisa tau rutin dan masa yang aku luangkan setiap hari sama saja. Kekadang "bowinks" jua aku rasa tapi kalu aku melihat kehidupan aku dan dibandingkan ama orang lain.. aku masi boleh bersyukur kerana cukup makan + cukup pakai + tidur di bilik yang enak malah tinggal di rumah yang sederhana dan selesa.. Jika di bandingkan dengan orang yang kelaparan + pakaian compang camping + sleep d jalanan dan tiada rumah. Mana lebih baik.? Pastinya kehidupan aku yang bosan jua kamu pilih kan.? kekekeke..

Makanya kalu hari ini kamu tidak ada sebab merasa gembira.. Fikir saja tentang perkara kecil yang boleh membuatkan kamu terasa bahagia dan mula lar untuk senyum.! [ jan pla senyum sendiri dak bertempat.. karang d cop gilak pla.! tapi kalu aku.. hantem sak.!wkakakakaka.!! ] So blessed day to yu all.! See ya..

AlicePongak: Akan menulis sejarah sukacita lagi hari ini.. MAKE TODAY BE UR DAY.!!! Jom layan lagu Jason Mraz. kekekekeke =)

Tuesday, October 13, 2009

My Holding

Pernah tidak kamu rasa seperti diperkecilkan oleh seseorang.? Kamu dapat merasakan kamu adalah seorang yang TIDAK PENTING dalam satu keadaan atau hubungan.. seolah-olah tiada satu orang pon perasan akan KEWUJUDAN kamu.? dan kamu masih lagi teguh berdiri kerana percaya kamu masi diperlukan.? Fuh sungguh tragis keadaan itu.. huhuhuhu so sorry jika kamu salah satu orang yang aku maksudkan..

Tapi itulah hakikat kehidupan kan.? Kekadang kita lalai untuk menghargai orang yang ada di depan mata sehingga lah pada satu saat dia pergi.. barulah kita tangisi pemergiaannya dengan penyesalan yang sebal sangat.!! Dan semua itu uda sia-sia..

Menghairankan.? Pelik tapi benar.. Kita tidak pernah mau menghiraukan perasaan orang lain selain menjaga perasaan sendiri. Yang hanya kita tau cukup hati + hidup kita yang terjaga. "Lantak la orang lain camna dia mau atur hidupnya yang penting aku bahagia.!" Itulah kata-kata yang seringkali kita ungkapkan atau dengar termasuklah dr mulut orang-orang yang kita rapat.! so sad..

Bagi aku secara peribadi.. ianya memang menyakitkan. Bayangkan saja kamu berada di tempat yang sesak tapi tiada seorang pon yang perasan akan kehadiran kamu disana.? Anak mata mu tercari-cari kelibat orang yang kamu kenal tapi rakan-rakan mu sibuk dengan pasangan masing-masing. Apa lagi dalam kehidupan yang realiti.? pasti ada yang hatinya TERLUKA sehingga yang terdalam kerana asyik makan hati.! dan mungkin itu la juga kesannya adanya perceraian + perpisahan.!!~ Fuh..

Oleh itu, mula dari HARI INI.. nyatakanlah penghargaan kepada setiap insan yang kamu sayangi. Tak salah kamu ambik sedikit masa dalam 24 jam untuk kamu luangkan masa telefon + msg + berborak + kuar makan + santai dengan dia walaupon tak sampai half an hour.! Sekurang-kurang nya dr citu.. orang lain boleh tahu dan rasakan kamu cukup memberi perhatian dan penghargaan. Jangan sampai ketika kamu ingin melakukannya.. semuanya sudah terlewat.!! Besh of Luck..

AlicePongak: Pasti terluka jika ada yang tidak menghargai.!!~ [Layan luk lagu Agnes Monica - Teruskan lah ]

Thursday, October 8, 2009

My Perfect-Ness

Pernah tak dalam kehidupan ko-orang kamu terjumpa seseorang yang kamu rasa begitu "perfect" sehingga secara langsung mampu MENYEMPURNAKAN diri dan hidup kamu secara peribadi.? [of cos tiada manusia sempurna tapi pasti ada yang lebih baik dr kita.!!] Sebelum terjumpa dengan "dia" hidup kamu biasa-biasa saja.. tapi selepas terjumpa "dia" kamu rasakan satu kebahagian yang mendalam sangat sehingga semua kelemahan dan kekurangan kamu dipenuhi.? Mungkin saja kawan² + saudara mara + kekasih + suami/isteri + orang asing yang kamu terserempak.?

Aku punya seorang teman yang aku anggap sudah membuat kan hidup aku begitu sempurna.! Dia mampu mengubah cara kehidupan, pemikiran dan pergaulan aku malah menjadi kesukaan bagi kaum keluarga ku dan sekaligus menjadi batu loncatan dalam menguatkan semangat aku utk terus matang dan menghargai hidup. Dan aku sangat bersyukur sangat kepada Tuhan kerana diberikan aku seorang "ANGEL" [ dia lar ] untuk membantu aku utk menghargai hidup.. utk tersenyum.. dan utk ketawa kembali.! dak akan aku lupa jasa baiknya sampai akhir hayatku kerana dialah aku mampu berdiri harungi liku-liku kehidupan hingga sekarang nie.! Ucapan terima kasih aku ungkapkan dr dalam hati seikhlasnya...

Oleh itu, walaupon sekarang uda ramai orang yang asyik dok berkata-kata tidak baik + mengumpat + mengata dia.. aku masi yakin hingga saat ini dia tetap bukan seperti yang "dilabelkan". Bukan kerana aku nie jenis yang terlalu "lurus" tapi aku percaya dia pon boleh membuat kesalahan kerana manusia tetap manusia.! Tetap punya kelemahan atas segala halangan dan godaan dunia. Siapa yang merasakan dirinya cukup sempurna dan tidak pernah buat dosa.. DAYUS.!! Oleh itu, aku lebih suka "confident kan" diri aku dengan segala kebaikan yang dia uda lakukan berbanding dengan sedikit kesilapan yang dia perbuat.!!!!
[ memang begitu manusia suka melupakan SE-MILLON kebaikan orang hanya kerana SE-SUATU keburukan yang masih boleh dimaafkan.!! ]

Satu pengajaran yang harus kita ambik iktibar.. jangan pandang orang lain dengan mata yang serong saja.!! tapi cuba pandang dengan mata yang bertentangan agar kita boleh selami dan melihat lebih jauh ke dalam hidup seseorang dan kita akan sedar bahawa setiap manusia masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Dengan itu kita boleh saling mendorong dan menguatkan antara satu sama lain dan bersama-sama berlari mencapai kesempurnaan seperti Bapa di syurga.! Amen.

AlicePongak: Bersyukur kerana diri ada "angel" yang setia menemani.! =)

Saturday, October 3, 2009

My Confusion

Hari ini aku rasa sangat KELIRU. Binggung untuk menetapkan satu "kesamaan" bagi satu perkara yang menganggu fikiran dan perasaan aku. Terlalu penat untuk merasakan berulang-ulang kali perasaan yang aku alami sekarang ini. Terlalu perit bagi aku luahkan sehingga tiada kata-kata yang sesuai dapat aku ungkapkan. Oh God help me.!!!

Terdapat beberapa keadaan yang boleh membuatkan orang lain atau kita sendiri keliru dan ragu-ragu samada melalui tindakan dan tingkah laku. Kekadang kita tidak sedar dalam kita membuat tindakan kita boleh mengelirukan orang di sekeliling kita. Dan dalam mencari jawapan pastinya menyukarkan kerana perasaan keliru boleh menimbulkan salah paham dan konflik.

Terus terang saat aku keliru.. kekadang fikiran aku seringkali negatif.!! Dalam ingin cepat menyelesaikan masalah aku selalu menemui jalan buntu. Akhirnya aku hanya mampu berdiam yang kunun nya bersabar dan membiarkan KEKELIRUAN itu memakan diriku perlahan-lahan. Aku masi ingat bagaimana aku boleh menilai seseorang sehingga membencinya segenap hatiku hanya kerana keliru dengan perbuatannya. Dan itu uda cukup menghancurkan hatiku dan dirinya.. dan kebenaran hanya terjawab selepas jangka masa yang panjang iaitu 5 tahun.!! waste of tyme.!! sekarang .? kekeliruan yang sama menghantui aku lagi dan kesabaran ku uda tiada..

Tapi kalu di fikir.. mungkin saja ada GOOD REASON di sebalik setiap halangan yang aku dapat. Kekadang dalam hidup aku belajar untuk menyerah saja apabila ragu-ragu dalam membuat keputusan.. sebab bila diteruskan juga kompon 90% pasti ndak menjadi.!! [ itu kerapkali la aku dapat kesannya.. dak tau pla ko-orang kan.? ] sama halnya kalu kita melampau excited akan satu perkara kekadang ending nya pasti tidak menjadi kan.?hahaha kin baccat sak la ada.!!! selalu aku alami.. kekekekekeek..

Of cos la perasaan tidak puas hati masih ada dalam diri aku.! aku jenis yang PENDAM dalam cara aku lalui kehidupan.. selagi aku belum mendapat jawapan akan satu-satu perkara.. hidup aku akan terus bergumul dengan pemikiran
[ yang kompon lebih banyak cas-cas negatif ]dan pastinya hanya masa yang dapat menentukan segalanya. Bukan aku dak berani berterus-terang atau bersikap terbuka.. cuma itulah aku.!! Aku senang utk mengerti orang lain tapi TIDAK semua orang boleh mengerti aku termasuk lah orang yang terdekat sekalipun dengan aku. Mungkin itu lah salah satu sebab hidup aku nie COMPLICATED jadinya. [ cam lagu Simple Plan: Welcome to My Life.! Pernah aku tujukan lagu ini kepada seseorang dan akhirnya dia "terbeban" dengan aku.!!~ ]



Jadi biarlah hari nie berlalu seperti hari-hari yang lepas. Aku tidak tahu bila aku berani bersua untuk mendapatkan jawapan aku tapi aku tetap YAKIN satu hari nanti mungkin saja ia nya muncul di depanku. Ya Tuhanku sekiranya masih ada KEBENARAN dalam dunia nie izinkan lah aku mendapat jawapan terbaik utk aku bisa meneruskan hidup. Jika tidak.. biarlah aku sepi seumur hidupku.!! Doakan la ya agar aku bisa tenang dan dapat menikmati hidupku di masa-masa hadapan.! Tengkiu very muches.. God Bless.

AlicePongak: Cukup menahan kesedihan hari ini.!!~ Selalu mengingatkan diri utk terus kuat setiap hari.!!~ =)

Thursday, October 1, 2009

My Loneliness

Semalam lepas saja balik dr sesi fotographi bersama anggota selku.. aku sempat tonton satu filem d tb3 tajuk "SEPI".!!!~ Jalan ceritanya sangat menarik hati dan menyentuh kalbu.! ending sempat jua aku menangis kejap.! huhuhuhu..

Anyway aku teringat satu perkara apabila berbicara tentang KESEPIAN.! Pastinya setiap manusia dalam dunia nie MESTI uda pernah merasakan kesepian dalam hidup. Bukan nya soal dak punya teman atau anak tunggal [ cam aku nie cian :p ] tapi tiap orang punya masa di mana ada beberapa waktu dalam kehidupan akan berapa sunyi dan sepi.

Kalau untuk aku memang MELAMPAU-LAMPAU kesepian dalam hidupku. Kalik aku sememang nya suka berdiam sendiri dan memerap dalam bilik terutamanya satu dua menjak nie.. walaupon aku nie anak tunggal tapi aku jenis kecoh dan moody sebenarnya.! Dulu2 sak pendiam. Dak percaya.? ada buktinya.! masuk FB ku dan tanya primary classmate ku.! ramai dak kenal aku uda ba. sedey nya.!! ada yang ckap aku nie pendiam kalik tyme skull.. tapi aku rasa la kan.. pasal muka aku tambah comel kalik makanya durang dak kenal aku.! wkakakakakakakakaakakaakakak..!!!! [ to sys helen: betul tak.? kewkwkewkewk :D ]

Back to topik.. sudah menjadi satu lumrah kehidupan manusia berasa sepi. Tak payah takut nak hadapi kenyataan sunyi tapi hadapi la dengan tenang.! Kawan aku [susan namanya ] cakap sepi tur bagaikan cth nie.. "Biarpon seseorang itu punya terkenal dan ramai kawan sekalipon andai dia tiada tempat utk mengadu maka sepi la hidupnya.! sambungnya "Cam keadaan Hero Smily Pasta sebelum jumpa heroinnya" [aku pon dak paam ceritanya sebab aku lom tonton.! meh join PASTA group.! wkakakaka :D ]

Tapi memang betul la kan..? kehidupan nie tiada makna kalu tiada orang yang kita sayang dan menyayangi kita balik.! dapat aku bayangkan betapa tiada makna langsung kehidupan orang yang sepi ne kerana aku sendiri perna alaminya. Senantiasa rasa kosong dan sunyi.! Setiap detik yang berlalu hanya akan dihitung tanpa dirasai. walaupon kita tahu masa yang lepas tak akan berulang lagi.. tetap saja dibiarkan pergi oleh orang yang hidupnya hanya ditemani kesepian. Mungkin saja kamu rasa sepi itu biasa-biasa saja tapi sebenarnya cukup menyakitkan.!

Akhir sekali.. Jangan biarkan Hidup anda diselebungi KESEPIAN.! Cuba mulakan harimu dengan senyuman dan teruskan usaha utk menceriakan harimu TIAP-TIAP HARI walaupon perit. Pastinya perlahan-lahan akan ada sukacita mengekorimu dan menjadikan harimu semakin penuh dengan kegembiraan melimpah.! God Bless.

AlicePongak: Suka menyendiri bila bercuti di pulau-pulau.! mantap giler sepinya :P