Terlalu banyak kekalahan melalui kemenangan yang sedikit..
Tapi sungguh aku tak pernah menyesal..
Untuk melalui semua itu berulang-ulang kali..
Namun yang aku kesali dalam hidupku ialah kamu..
Kerna hampir semua tawa kita dilupakan..
Tangisan kita bersama juga sudah turut pergi..
Dan menyebabkan semuanya berakhir dengan luka..
Kamu uda leka akan janji kamu padaku..
Kamu dustakan semua yang kita bina..
Berulang-ulang kali kamu tega menyakitkan diri dan hatiku..
Mencobai aku utk bertahan kerna menyayangi kamu..
Mungkinkah aku patut melangkah pergi sahaja.?
Sungguh bukan itu kemahuan aku..
Tapi kamu khianati hati ini..
Dan aku amat menyesalinya..

Banyak perkara dalam kehidupan selalu "bikin" sesak nafas kan.? Rutin kehidupan yang sama tiap hari tiada hentinya + masalah keluarga yang seringkali merunsingkan + alam persekolahan yang mungkin membosankan + pekerjaan yang sia-sia dan lain² lagi.
Salah satunya juga berkenaan dengan hal hubungan antara 2 insan yang berlainan jantina. Serapat mana pun kita dengan seseorang.. still kita masih tak dapat baca apa yang ada dalam fikiran nya dan apa yang dia mahu.. Dan itu membuatkan hubungan itu kosong dan menjadikan perasaan kasih semakin hari semakin pudar.!!~
Penyesalan dalam kehidupan meliputi banyak perkara. Tiap manusia punya kerunsingan dan beban hidupnya sendiri. Seteguh mana dia mampu bertahan dialah PEMENANG SEBENAR dalam permainan realiti kehidupan.!!~
Dan aku akan cuba "bertahan" untuk terus kuat hadapi semua ini..
AlicePongak: Love lagu Leann Rimes - probably wouldn't be this way
No comments:
Post a Comment