Welcome To My Page

My Current Blog - Music & Poemz
http://venz-johns.blog.friendster.com

My Current Journal
http://www.tagged.com/pongak

Great women comes within herself.
Any Ideas + Opinions + Commentz are muchly appreciated
Hope yu're enjoying urself here.!!~

About Me

My photo
Odinary Gurl + UniQue in Every Wayz

Wednesday, December 23, 2009

My ChristMas

Christ-Mas.? 2 hari saja lagi.. tak sedar masa berlalu dengan pantas sehingga sekarang nie kita sudah hampir berada di penghujung tahun 2009.!!! aiyak.. [ tersedu kejap.!!! huhuhuhu :D ].



Bercerita saja pasal x'mas.. dari awal bulan DEC lagi mesti ramai yang uda "set" dalam kepala nak buat banyak pembaharuan dan dekorasi rumah + diri sendiri + shopping new dress atau baju and even of cos decorate lovely + colourful christmas tree. + bla bla bla.. + more bla bla.!!![ mine belum di set-up lagi.! maybe tonite.? itu pon kalu ai free lar...hahahahaah ]

Why.? be-coz.. Im really NOT in da mood of holiday..!!! Really..!!! This year merupakan tahun pergumulan untuk aku sendiri.. too much too handle sampai pressure naik kepala and TOINK.?? IM TOTALLY BLUR sendiri..!!! Fuh..

Sampai la aku melihat satu filem sempena krismas title "Surviving Christmas".! Cerita dia mengisahkan seorang lelaki muda yang memiliki segala harta dan kekayaan tapi TIDAK ada family.! Dia seorang yang hidup dalam kesedihan dan kesepian walaupun lodet. Satu hari dia berjumpa dengan seorang lelaki tua yang menyuruhnya menulis segala kepahitan hidupnya di sekeping kertas dan pergi ke satu tempat di mana dia rindu untuk berada dan bakar kertas tersebut sambil berkata. " I FORGIVE YU".!!~ Yesh.! dia berbuat demikian.. dan guess di mana dia pilih tempat itu.? Rumah Lama tempat dia membesar yang sudah diduduki oleh satu keluarga yang lain. Dalam pertengahan cerita dia sanggup membayar keluarga tersebut utk sama-sama meraikan Krismas sebagai "ONE FAMILY" yang penuh dengan kepura-puraan.!!! Jalan cerita dia seterusnya memang lucu + happy ending jua lar kalik.. Heks.

Cuma cerita ini mengingatkan keadaan aku yang "desperate" sekarang nie.!! Supaya aku patut sedar bahawa aku harus ada SPIRIT untuk terus berfikiran positif dan ENJOY my year before its all end.! Make all worthy and be filled dengan best celebration yang akan tiba nie.! maybe ai should do the list jua.! dont yu think so.? hmm..

But im still here.!! maC blur tapi steady jiwa jua lar.. dan aku harap lepas nie aku bisa fokus dengan tujuan dan maksud yang lebih jelas tentang krismas.! Reharsel drama kanak-kanak semalam membuka luas minda dan pikiran ku. Krismas bukan berarti kita perlu sediakan hadiah yang besar + makanan yang banyak + baju-baju yang gemilang tapi lebih kepada persediaan hati untuk menyambut "SANG RAJA" dalam kehidupan kita.!

Tapi itu tak bermaksud aku cakap sapa yang over-dos tyme krismas tur salah ek.? kalu dah mampu.. angkut saja semua.! Promosi melanda negara sekarang nie.. ambik kesempatan lor memborong.! setahun sekali orang blang..heks.!! :P



Kesimpulan.. me nak ambik kesempatan utk wish yu all semua:-

A VERY-VERY DELIGHTFUL + JOYFUL CHRISTMAS 2009



AlicePongak: Jemput datang umah =)

Tuesday, December 15, 2009

My Lies

Dari semalam aku ingin sekali berkongsi tentang PENIPUAN kerana semalam aku sempat "ber-sms" dgn adik aku. Jika berbicara tentang "menipu dan tertipu" kompon ramai yg akan mengangkat tangan mengakui pernah berbuat sedemikian atau terkena sedemikian termasuk la "tipu sunat atau tipu olok-olok" kunun la. [ ada2x ja :P ]

Kenapa manusia suka menipu.? Memang dah menjadi akar umbi kehidupan dosa manusia kalik.? mula-mula nya ada yang setakat nak menyakat dan bermain saja.. mulakan dengan pembohongan yang kecil.. terlalu seronok melakukannya sehingga berakhir pulak dengan penipuan yang besar sampai makan diri sendiri.! yang lebih teruk.. orang lain pun turut mendapat kesannya.. dasyat wor.!! fuh..

Itu bagi orang yang suka menipu.. tapi bagaimana pulak dengan orang yang tertipu.? dak pernah ka orang yang menipu ini berfikir bagaimana orang yang mereka bohongi itu bisa terluka.? Ada orang memberi alasan mereka TERPAKSA menipu utk kebaikan orang lain. Kamu setuju ka.? Aku.? TIDAK SAMA SEKALI.!!!~

Penipuan tetap penipuan.. buat apa nak kompromi.? Andai betul utk kebaikan orang.. biarlah dia berhak tahu akan kebenaran sebenar walaupon pahit kerana yang pasti dia akan terluka lebih dalam dengan penipuan yang "terbongkar" nanti.!!~

Tapi "still" ramai yang memberi alasan yang sama setiap kali sudah berbohong atau melakukan penipuan. Mungkin saja untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada malu akibat "kantoi" dengan perbuatan mereka atau nak "pretend" like they dont guitly agaknya... sangat menyedihkan keadaan manusia sekarang nie.!! aku bukan nak cover diri sendiri.. aku akui jua aku pernah cakap bohong atau tipu.. tapi perlahan-lahan aku sedar itu salah satu sikap atau sifat yang perlu kita buang jauh2x.!! [ Trust me.. its for ur own good.! ]

So kepada "RAJA dan RATU PENIPU" out there.. akuilah semua penipuan mu dan balik la ke pangkal jalan.!!! Tiada yang terlambat untuk memohon maaf kepada semua yang pernah ditipu dan dipermainkan..

Kepada yang rasa dirinya sudah ditipu.. "STAY AWAY" cepat2x daripada manusia bertopeng nie.. Selamatkan diri sebelum terjerumus lebih dalam lagi.. Maafkan la mereka dan let it go.. memang tak mudah tapi itu lebih mendamaikan jiwa.

Yu can do it.!!

AlicePongak: Your Love is a Lie.!!~ Past is Past. Let Live For Tomorrow =)

Thursday, December 3, 2009

My Inspirationz

Hari ini aku ingin berkongsi dengan semua orang tentang satu cerita yang aku rasa sangat menarik perhatian untuk di baca dan diselami bersama. Kisah ini aku dapat dari Facebook yang dikongsi oleh tuan punya milik satu "group - 2Become1" iaitu Oryani DLeveo.
[ Sebahagian kisah ini aku ubah sesuai untuk bacaan umum. Selamat membaca.!!! =) ]

Tajuknya: INSPIRASI KASIH SEJATI

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9.30am, seorang lelaki tua berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya. Aku menyiapkan segala peralatan dan memintanya menunggu kerana semua doktor masih sibuk. Mungkin dia akan diperiksa setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu kelihatan resah. Sekejap-sekejap dia melirik ke jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika aku sudah ada sedikit masa terluang.. aku sempatkan untuk memeriksa lukanya. Dan nampaknya cukup baik dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar sehingga atas persetujuan doktor aku putuskan untuk melakukannya sendiri.

Sambil menangani lukanya, aku bertanya apakah dia punya temu janji hingga kelihatan seperti terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak. Dia cuma hendak pergi ke rumah jagaan warga tua untuk makan tengahari bersama isterinya, seperti yang dilakukannya setiap hari. Dia menceritakan bahawa isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun dan isterinya menghidap penyakit Alzheimer.

Lalu aku bertanya apakah isterinya akan marah kalu dia datang lambat. Dia menjawab bahawa isterianya sudah tidak mengenal dia lagi sejak 5 tahun yang lepas. Aku sangat terkejut dan berkata, " Atuk masih pergi ke sana setiap hati walaupun isteri atuk tidak kenal atuk lagi.?". Dia tersenyum ketika tangannya menepuk bahuku sambil berkata, "Dia memang tidak mengenali saya tapi saya masih mengenali dia bukan.?"

Aku terus menahan air mata sampai lelaki tua itu pergi, dan tangan ku masih tetap merinding. Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku.!!!

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini + yang sudah terjadi + yang akan terjadi dan yang tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan dua pesanan penting.

(1) Orang yang paling berbahagia tidak seharusnya memiliki segala sesuatu yang terbaik. Mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

(2) Cinta tidak bertanya sebanyak mana pengorbanan yang telah kamu lakukan tapi sejauh mana kamu sanggup berkorban.



AlicePongak: Mungkin saja tiada kasih seperti itu di dunia ini tapi aku yakin akan satu kasih yang sejati. Buat "Papa JC".. all ai can say. Yes yu've WON my heart.!! =)