Hari ini aku dendangkan lagu "Permintaan Hati - Nyanyian Letto" untuk kamu semua. Hayati dan nikmatilah semua yang tersirat pada liriknya.!!~ For all Blogger:
http://video.tagged.com/#v=EGVvYrb4uHA
Dan semestinya aku juga punya satu "wish" yang ingin aku capai selepas beberapa insiden yang sangat pahit pernah berlaku dalam hidup ku sekarang.Yang aku inginkan "HIDUP BARU" selepas "KEHILANGAN" yang aku dapat.
Aku percaya setiap manusia pernah rasa kehilangan yang sehingga kini membebani hidup mereka. Tak kira lah harta benda + orang yang disayangi + cinta + identiti diri dan sebagainya. Kekadang kehilangan yang dirasa mungkin daripada dunia dan manusia itu sendiri. Ada yang kehilangan rumah atau harta benda akibat bencana alam. Mungkin ada yang kehilangan orang yang disayangi kerana sakit penyakit. Malah mungkin ada yang kehilangan cinta kerana dikhianati. Dan mungkin saja ada yang kehilangan diri kerana hilang daya ingatan. Banyak lagi keadaan yang boleh dikaitkan dengan rasa "lost" dalam diri dan hidup. Tapi yang pasti, semua itu sudah cukup membuatkan hati menderita dan mengola satu lagi jalan keperitan dalam hidup..
Aku sendiri rasa "hilang" dalam keperibadian ku.. Seolah-olah hari2 yang aku lalui uda tidak sama lagi. Tiada arah. Tiada hala tuju. Tiada impian. Tiada kegembiraan. Tapi sampai bila.? Itu persoalannya.!! Ingat lah ini sahabatku semua:-
"KEHILANGAN ITU ADALAH SEMENTARA.!"
Tiada guna kita meratapi nasib dengan berlinangan air mata setiap hari. Kalu saat ini juga kamu belum mengambil "langkah berani" untuk maju dan hadapi tiap tentangan hidup.. letakkan lah rasa TEKAD dalam hati mu dan bangkit mulakan semuanya sekali lagi.!! Aku sendiri percaya putus asa lebih memudahkan kita utk mendapat kemenangan dalam hidup..
Jadi apa yang kamu menderita hari ini sebab kehilangan.? Pekerjaan.? Hubungan.? Tujuan hidup.? Kekecewaan + kepedihan + kemalangan dan penderitaan itu adalah kelengkapan dan senjata baru kita utk terus maju dan berjuang sampai akhir. Jadi jangan lemah dan goyah hatimu. Berdiri lah dengan teguh dan buatlah orang lain merasakan "berkat" bagi tiap perjuangan yang kamu uda lalui. Itu akan menjadikan hidupmu lebih berharga.!!~
Hidup ini bukan milik kita dan bukan hak kita. Ianya lebih daripada diri kita sendiri dan orang lain. Oleh itu, hiasilah tangisan kehilangan mu dengan mengukir "senyuman termanis" di wajahmu. Hari ini akan menjadi milik mu. Usah biarkan ianya berlalu dengan air mata lagi. Aku percaya kita mampu mengubah dunia.
Semoga berjaya.!!
AlicePongak: Lega lepas meratap dan berteriak. Nasib baik tong air tak penuh.! hahaha =)
