Blogger leh klik urL utk video clip tur:
[ http://video.tagged.com/#v=mZ_kc_3Hr1o ]
Bermula dengan zaman kanak-kanak.. Dari kecil kita simpan terlalu banyak impian dan angan-angan yang ingin dikejar.. diri kita senang dibentuk dan hati kita sangat polos dan bersih.!!!
Dalam meniti zaman remaja, kita akan sibuk mengejar cinta + identiti diri. Perlahan-lahan arus kehidupan mengajar diri kita utk lebih matang melalui kesilapan, pilihan dan masa yang berlalu dengan cepatnya.! Dan dari citu kita akan mula lalai dan melupakan segala impian di masa kecik..
Dan apabila kita sudah dewasa dan menempuh alam pekerjaan pula.. semakin hari kita akan semakin sibuk mengejar duit dan kebendaan dengan alasan untuk meningkatkan taraf kehidupan. Impian dan angan-angan.? sudah terlalu jauh untuk di capai.!!~
Saat masa muda sudah abis ditelan usia.. saat itu la semua impian dan angan-angan muncul kembali dalam kehidupan.! Dan yang pastinya penyesalan tidak membawa apa-apa makna..
Itulah arus kehidupan yang biasanya dilalui oleh setiap orang yang bergelar "manusia". Penuh dengan onak duri dan pastinya setiap orang punya pengalaman yang berbeza-beza baik ianya manis atau pahit. Ada yang penuh dengan kebahagian dan ada juga yang penuh dengan penyesalan. Saat ini di mana kah posisi hidup mu.?
[ jawab sendiri dalam hati ek.? kekekekeke ]
Bagi diri ku sendiri.. pengalaman lepas banyak membuatkan aku belajar untuk terus teguh berdiri utk aku hadapi hari-hari esok. Terlalu banyak sukacita, pengkhianatan, cinta dan kasih sayang, pengorbanan dan kepahitan dalam hidupku. Aku tak akan mengadu dan mengeluh kerana aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.! Dan itu sudah aku laluinya juga.. Aku bersyukur utk semua insiden dan kejadian yang pernah aku alami kerana dari citu lah aku mendapat KEKUATAN dan KETABAHAN sehingga hari ini.

Dan sekarang supaya aku tidak menyesal.. aku akan cuba mengejar impian dan angan-angan masa kecik ku supaya kehidupan aku lebih bersinar dan bercahaya.!!
[ nak tahu apa.? tunggu la aku dapat capai then aku share ama ko-orang lagi ek.? hihihihihihi :D ] Just wish me all da best yah.? wkakakaka.. and ai hope the BEST also to yu.! Amen.
AlicePongak: Always Thank GOd for everything.! =)