Welcome To My Page

My Current Blog - Music & Poemz
http://venz-johns.blog.friendster.com

My Current Journal
http://www.tagged.com/pongak

Great women comes within herself.
Any Ideas + Opinions + Commentz are muchly appreciated
Hope yu're enjoying urself here.!!~

About Me

My photo
Odinary Gurl + UniQue in Every Wayz

Tuesday, December 15, 2009

My Lies

Dari semalam aku ingin sekali berkongsi tentang PENIPUAN kerana semalam aku sempat "ber-sms" dgn adik aku. Jika berbicara tentang "menipu dan tertipu" kompon ramai yg akan mengangkat tangan mengakui pernah berbuat sedemikian atau terkena sedemikian termasuk la "tipu sunat atau tipu olok-olok" kunun la. [ ada2x ja :P ]

Kenapa manusia suka menipu.? Memang dah menjadi akar umbi kehidupan dosa manusia kalik.? mula-mula nya ada yang setakat nak menyakat dan bermain saja.. mulakan dengan pembohongan yang kecil.. terlalu seronok melakukannya sehingga berakhir pulak dengan penipuan yang besar sampai makan diri sendiri.! yang lebih teruk.. orang lain pun turut mendapat kesannya.. dasyat wor.!! fuh..

Itu bagi orang yang suka menipu.. tapi bagaimana pulak dengan orang yang tertipu.? dak pernah ka orang yang menipu ini berfikir bagaimana orang yang mereka bohongi itu bisa terluka.? Ada orang memberi alasan mereka TERPAKSA menipu utk kebaikan orang lain. Kamu setuju ka.? Aku.? TIDAK SAMA SEKALI.!!!~

Penipuan tetap penipuan.. buat apa nak kompromi.? Andai betul utk kebaikan orang.. biarlah dia berhak tahu akan kebenaran sebenar walaupon pahit kerana yang pasti dia akan terluka lebih dalam dengan penipuan yang "terbongkar" nanti.!!~

Tapi "still" ramai yang memberi alasan yang sama setiap kali sudah berbohong atau melakukan penipuan. Mungkin saja untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada malu akibat "kantoi" dengan perbuatan mereka atau nak "pretend" like they dont guitly agaknya... sangat menyedihkan keadaan manusia sekarang nie.!! aku bukan nak cover diri sendiri.. aku akui jua aku pernah cakap bohong atau tipu.. tapi perlahan-lahan aku sedar itu salah satu sikap atau sifat yang perlu kita buang jauh2x.!! [ Trust me.. its for ur own good.! ]

So kepada "RAJA dan RATU PENIPU" out there.. akuilah semua penipuan mu dan balik la ke pangkal jalan.!!! Tiada yang terlambat untuk memohon maaf kepada semua yang pernah ditipu dan dipermainkan..

Kepada yang rasa dirinya sudah ditipu.. "STAY AWAY" cepat2x daripada manusia bertopeng nie.. Selamatkan diri sebelum terjerumus lebih dalam lagi.. Maafkan la mereka dan let it go.. memang tak mudah tapi itu lebih mendamaikan jiwa.

Yu can do it.!!

AlicePongak: Your Love is a Lie.!!~ Past is Past. Let Live For Tomorrow =)

Thursday, December 3, 2009

My Inspirationz

Hari ini aku ingin berkongsi dengan semua orang tentang satu cerita yang aku rasa sangat menarik perhatian untuk di baca dan diselami bersama. Kisah ini aku dapat dari Facebook yang dikongsi oleh tuan punya milik satu "group - 2Become1" iaitu Oryani DLeveo.
[ Sebahagian kisah ini aku ubah sesuai untuk bacaan umum. Selamat membaca.!!! =) ]

Tajuknya: INSPIRASI KASIH SEJATI

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9.30am, seorang lelaki tua berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya. Aku menyiapkan segala peralatan dan memintanya menunggu kerana semua doktor masih sibuk. Mungkin dia akan diperiksa setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu kelihatan resah. Sekejap-sekejap dia melirik ke jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika aku sudah ada sedikit masa terluang.. aku sempatkan untuk memeriksa lukanya. Dan nampaknya cukup baik dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar sehingga atas persetujuan doktor aku putuskan untuk melakukannya sendiri.

Sambil menangani lukanya, aku bertanya apakah dia punya temu janji hingga kelihatan seperti terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak. Dia cuma hendak pergi ke rumah jagaan warga tua untuk makan tengahari bersama isterinya, seperti yang dilakukannya setiap hari. Dia menceritakan bahawa isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun dan isterinya menghidap penyakit Alzheimer.

Lalu aku bertanya apakah isterinya akan marah kalu dia datang lambat. Dia menjawab bahawa isterianya sudah tidak mengenal dia lagi sejak 5 tahun yang lepas. Aku sangat terkejut dan berkata, " Atuk masih pergi ke sana setiap hati walaupun isteri atuk tidak kenal atuk lagi.?". Dia tersenyum ketika tangannya menepuk bahuku sambil berkata, "Dia memang tidak mengenali saya tapi saya masih mengenali dia bukan.?"

Aku terus menahan air mata sampai lelaki tua itu pergi, dan tangan ku masih tetap merinding. Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku.!!!

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini + yang sudah terjadi + yang akan terjadi dan yang tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan dua pesanan penting.

(1) Orang yang paling berbahagia tidak seharusnya memiliki segala sesuatu yang terbaik. Mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

(2) Cinta tidak bertanya sebanyak mana pengorbanan yang telah kamu lakukan tapi sejauh mana kamu sanggup berkorban.



AlicePongak: Mungkin saja tiada kasih seperti itu di dunia ini tapi aku yakin akan satu kasih yang sejati. Buat "Papa JC".. all ai can say. Yes yu've WON my heart.!! =)

Friday, November 27, 2009

My Lost

Sudah agak lama pena aku terhenti di sini. Tak sangka jua masi ada pembaca yang masih setia mengikuti perkembangan journal dan blog aku di cini sampai ada yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa.? Terima kasih atas penghargaan kamu semua. Tentu ada yang hairan kenapa aku agak lama menyepi.? Dan aku juga rasa ada antara kamu yang bisa meneka dgn tepat apa yang telah berlaku dalam hidup ku baru2 ini. Sebenarnya tiada niat pon nak "kempen atau "hebohkan" perkara yang memilukan tapi biarlah semua nya berlalu pergi mengikut masa kerna aku tau "Dia" akan menghibur aku..

Hari ini aku dendangkan lagu "Permintaan Hati - Nyanyian Letto" untuk kamu semua. Hayati dan nikmatilah semua yang tersirat pada liriknya.!!~ For all Blogger:
http://video.tagged.com/#v=EGVvYrb4uHA

Dan semestinya aku juga punya satu "wish" yang ingin aku capai selepas beberapa insiden yang sangat pahit pernah berlaku dalam hidup ku sekarang.Yang aku inginkan "HIDUP BARU" selepas "KEHILANGAN" yang aku dapat.

Aku percaya setiap manusia pernah rasa kehilangan yang sehingga kini membebani hidup mereka. Tak kira lah harta benda + orang yang disayangi + cinta + identiti diri dan sebagainya. Kekadang kehilangan yang dirasa mungkin daripada dunia dan manusia itu sendiri. Ada yang kehilangan rumah atau harta benda akibat bencana alam. Mungkin ada yang kehilangan orang yang disayangi kerana sakit penyakit. Malah mungkin ada yang kehilangan cinta kerana dikhianati. Dan mungkin saja ada yang kehilangan diri kerana hilang daya ingatan. Banyak lagi keadaan yang boleh dikaitkan dengan rasa "lost" dalam diri dan hidup. Tapi yang pasti, semua itu sudah cukup membuatkan hati menderita dan mengola satu lagi jalan keperitan dalam hidup..

Aku sendiri rasa "hilang" dalam keperibadian ku.. Seolah-olah hari2 yang aku lalui uda tidak sama lagi. Tiada arah. Tiada hala tuju. Tiada impian. Tiada kegembiraan. Tapi sampai bila.? Itu persoalannya.!! Ingat lah ini sahabatku semua:-
"KEHILANGAN ITU ADALAH SEMENTARA.!"

Tiada guna kita meratapi nasib dengan berlinangan air mata setiap hari. Kalu saat ini juga kamu belum mengambil "langkah berani" untuk maju dan hadapi tiap tentangan hidup.. letakkan lah rasa TEKAD dalam hati mu dan bangkit mulakan semuanya sekali lagi.!! Aku sendiri percaya putus asa lebih memudahkan kita utk mendapat kemenangan dalam hidup..

Jadi apa yang kamu menderita hari ini sebab kehilangan.? Pekerjaan.? Hubungan.? Tujuan hidup.? Kekecewaan + kepedihan + kemalangan dan penderitaan itu adalah kelengkapan dan senjata baru kita utk terus maju dan berjuang sampai akhir. Jadi jangan lemah dan goyah hatimu. Berdiri lah dengan teguh dan buatlah orang lain merasakan "berkat" bagi tiap perjuangan yang kamu uda lalui. Itu akan menjadikan hidupmu lebih berharga.!!~

Hidup ini bukan milik kita dan bukan hak kita. Ianya lebih daripada diri kita sendiri dan orang lain. Oleh itu, hiasilah tangisan kehilangan mu dengan mengukir "senyuman termanis" di wajahmu. Hari ini akan menjadi milik mu. Usah biarkan ianya berlalu dengan air mata lagi. Aku percaya kita mampu mengubah dunia.
Semoga berjaya.!!

AlicePongak: Lega lepas meratap dan berteriak. Nasib baik tong air tak penuh.! hahaha =)


Friday, November 13, 2009

My Broken

Separuh Jiwa Ku Pergi
Memang Indah Semua
Tapi Berakhir Luka..

Kau Main Hati
Dengan Sadar Mu
Kau Tinggal Aku

Ref:
Benar Ku Mencintai Mu
Tapi Tak Begini
Kau Khianati Hati Ini
Kau Curangi Aku

Kau BIlang Tak Pernah Bahagia
Selama Dengan Aku
Itu Ucap Bibir Mu

Engkau Dustakan Semua
Yang Kita Bina
Kau Hancurkan Semua

Ref:
Benar Ku Mencintai Mu
Tapi Tak Begini
Kau Khianati Hati Ini
Kau Curangi Aku

Kau Khianati
Kau Curangi Aku
Kau Dustai Hati
Benar Ku Mencintai Mu..



AlicePongak:
Ada Yang Pergi Saat Kau Pergi..
Tawa Ku.. Senyum Ku..
Ada Yang Berubah Saat Kau Pergi..
Hidup Ku.. Hati Ku..



Ya Tuhanku,
Aku Mohon..
Berilah Aku Sedikit Cahaya Untuk Hati Ku Bisa Terus Hidup Dan Bersinar..
Berilah Aku Kekuatan Di Saat Aku Merasa Tiada Seorang Pun Yang Menopang Aku..
Berilah Aku Hikmat Di Saat Aku Buntu Menyelesaikan Semua Beban Hati Ku..
Biarlah Gada Dan Tongkat Mu Menopang Aku.!!~
Amen.

Thursday, November 12, 2009

My Future

Bercakap mengenai "OLDIST" aku teringat lawatan kerja amal yang lepas di rumah orang-orang tua di Sri Stella.! Jikalau kita yang masih muda nie mesti tertanya-tanya," Bagaimana rasanya kita mau habiskan masa tua kita nanti.?" For me.. aku sendiri pon dakda idea.! kekekeekkeeke..

Waktu kecik kita boleh bermain apa saja.. Masa berlalu dengan cepat sehingga lah sudah bekerja. Masa itu jugalah kita tahu sudah lama kita tak bersembang dengan mama dan papa. Dan mungkin saja dengan penuh keresahan dan kebimbangan mereka melihat kita meningkat dewasa.!!~ Fuh..

Hampir separuh masa muda kita dipenuhi dengan "kerja-kerja gilak".!!~ Banyak sangat pilihan dan peluang yang diberi untuk kita "choose and grab".!!~ Bagi aku personally.. masa muda ku yang sekarang nie sak pon uda penuh dengan duri dan ranjau.! [ hahaha ngam kaitur.? wat ever la :P ] dan aku pasti apabila aku sudah lanjut usia nanti.. duduk sendirian mengenangkan masa lampau pastinya akan menarik hati utk tersenyum sendiri.!
[ of cos jika panjang umur :p ].

Sebenarnya siuk jua menjadi manusia nie.. tiap hari banyak perkara kita boleh belajar.. walau dunia tak seindah syurga [ cam lirik lagu nidji ] dan kita dakda niat utk study.! hahahahahaa.. Dan apabila kita mula meningkat belia dan masuk alam dewasa.. baru la aku sedar terlalu banyak kerunsingan dalam diri ku sendiri. Cam setiap hari ada saja yang bermain dalam pikiran ku.! ntah apa-apa ja.. but still dance + singing and laughing is the best solution to all problems.!! Kewkewkew :p



Masa itu jugalah aku sedar ada masanya kita menanam ada masanya kita harus menuai.!! maksudnya.? Apa yang kamu "tanam" sekarang pada masa muda mu dalam kehidupan mu pasti akan ko "tuai" pada masa tua mu nanti. Jadi pastikan yang engkau tuai itu adalah hikmat + sukacita + berkat + damai sejahtera supaya hidupmu turut menjadi pedoman untuk orang lain dan keturunan mu.!!~

Kepada yang belum menanam "tanaman" yang terbaik untuk masa depan.. belilah "pokok" yang da best + gemburlah tanahmu + siram lah pokok mu dengan penjagaan yang tersusun dan terbaik. Hasilnya nanti pasti akan menghibur hatimu.!!!

Heks aku harap kamu paam la kiasan yang aku gunakan yah.? Sesiapa yang dak paam buat² paam jak.!! hahahaahahahahahahahaha.. apa pon semoga hari-hari yang mendatang membawa keceriaan dan kegembiraan melimpah kepada kita semua.!! Amen.

AlicePongak: Harap persahabatan yang dibina turut sampai ke hari tua.!!~ kekekee =)